Malaysia memulakan saingan Piala AFF Suzuki 2020 dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Kemboja dengan keputusan 3-1 pada aksi peringkat kumpulan yang berlangsung di Stadium Bishan semalam.
Jaringan Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan R.Kogileswaran sudah cukup untuk memberikan tiga mata kepada pasukan negara sekaligus menghuni tangga teratas kumpulan B dibezakan dengan perbezaan jaringan dengan pasukan di tangga kedua iaitu Vietnam.
Keputusan penuh perlawanan dalam kumpulan B @affsuzukicup#AFFSuzukiCup2020 pic.twitter.com/cdqBmHOLac
— VOCKET FC (@vocketfc) December 7, 2021
Meskipun meraih kemenangan, namun ramai pihak khususnya peminat bola sepak tanah air masih tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh penyerang negara, Guilherme De Paula pada perlawanan semalam.
Tinjauan kami di laman media sosial Twitter mendapati peminat memberikan rating yang rendah terhadap prestasi yang ditampilkan oleh De Paula sepanjang perlawanan selain mengkritik aksi pemain itu.
Out of 5 berapa rating untuk Zulhemi De Paula? #AFFSuzukiCup2020
— VOCKET FC (@vocketfc) December 6, 2021
Pemain naturalisasi itu dianggap hanya menjadi pemantau di atas padang selain kehadiran beliau dalam kesebelasan utama tidak memberikan impak yang besar khususnya di bahagian serangan pasukan negara.
Pada minit ke-65, De Paula dikeluarkan bagi digantikan dengan Luqman Hakim dan perkara ini nyata tidak disukai oleh beliau dimana pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini merenung tajam kearah penyokong Malaysia yang hadir petang tadi sebelum dilihat melampiaskan kekecewaan dengan membaling botol air dibangku simpanan.
Guilherme not happy after being substituted. For some reason decided to stare down the 🇲🇾 Malaysian fans that were giving him a round of applause despite his display, before throwing a bottle at the bench.
Not sure what the fans did wrong. #AFFSuzukiCup #AFFSuzukiCup2020
— Gabe Tan (@gabetan13) December 6, 2021
Ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe menegaskan sebab utama De Paula bertindak sedemikian adalah kerana beliau kecewa kerana tidak dapat menyempurnakan peluang yang dimiliki dengan baik.
“Sebagai seorang jurulatih, saya rasa kita akan selesaikan perkara ini. Pastinya dia telah memberikan yang terbaik dalam latihan dan sangat komited tetapi kadang-kadang disebabkan kecewa kerana gagal mendapatkan jaringan.
“Saya yakin De Paula cukup matang untuk mengawal situasi ini, dan saya harap dia akan memberikan motivasi yang baik, contoh kepada pasukan. Saya percaya dia bersedia untuk perlawanan seterusnya,” kata Cheng Hoe.
Selepas mencatat kemenangan ke atas Kemboja, Malaysia akan turun berdepan pasukan Laos pada 9 Disember nanti untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Piala AFF Suzuki 2020 di sini:
Tan Cheng Hoe: Junior Eldstal Keluar Awal Kerana Perubahan Taktikal
Ini Reaksi Tan Cheng Hoe Mengenai Isu De Paula ‘Koyak’ Dan Baling Botol Air Dibangku Simpanan
Piala AFF 2020: Malaysia Mulakan Kempen Dengan Nota Kemenangan