Pasukan Malaysia berjaya memperoleh kelebihan pada perlawanan separuh akhir pertama saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 menentang Thailand apabila mencatat kemenangan 1-0.

Baca Juga:

Gol tunggal pasukan negara dijaringkan oleh pemain sayap, Faisal Halim pada awal separuh masa pertama sekaligus memberikan kelebihan tipis kepada skuad bimbingan Kim Pan-gon menjelang perlawanan kedua di Stadium Thammasat pada 10 Januari ini.

Namun, kemenangan tersebut dicemari oleh satu lagi kelemahan dari pengadil dimana pengadil dari Korea Selatan, Kim Dae-yong membatalkan gol kedua Malaysia.

Pada separuh masa kedua, pemain pertahanan negara iaitu Dominic Tan menanduk masuk bola hasil daripada hantaran Lee Tuck menerusi sepakan percuma.

Namun, Dae-yong kemudiannya membatalkan gol tersebut dimana beliau mendakwa Darren Lok mengasari pemain pertahanan lawan, Pansa Hemviboon sehingga menyebabkan Pansa mengalami kecederaan di kepala.

Namun, video dibawah jelas menunjukkan Darren tidak mengasari Pansa sebaliknya rakan sepasukan beliau, Kittipong Phuthawchueak yang menyiku kepala pemain Buriram United itu.

Keputusan ini nyata merugikan pasukan negara yang sedang mencari bekalan selesa untuk dibawa ke Stadium Thammasat menyesari akan beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Thailand.

Ini bukan kali pertama pasukan negara menjadi mangsa kelemahan pengadil dimana ketika Malaysia menentang Vietnam dalam aksi kumpulan B Piala AFF, pengadil dari Jepun, Ryuji Sato menyebabkan Malaysia tewas dalam perlawanan tersebut.

Dalam perlawanan tersebut, Sato gagal mengesan kekasaran berbahaya yang dilakukan oleh pemain pertahanan Vietnam, Doan Van Hau ke atas Azam Azmi Murad dan Sharul Nazeem.

Sato juga menyalahkan Azam ketika insiden di luar kawasan penalti Malaysia yang mana Sato melayangkan kad merah ke atas Azam dan memberikan sepakan penalti kepada Vietnam.

Jawatankuasa Teknikal dan Etika Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) kemudiannya memutuskan untuk menjatuhkan hukuman berupa penggantungan dua perlawanan dan didenda USD1000.

Azam perlu membayar denda sebanyak USD1000 yang mana perlu dijelaskan dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan yang dibuat iaitu pada 2 Januari 2023.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menghantar surat rasmi kepada (AFF) berhubung mutu pengadilan ketika perlawanan menentang Vietnam di Stadium My Dinh.