Hari yang ditunggu-tunggukan oleh peminat setia Kuala Lumpur City (KL City) akhirnya sudah tiba apabila mereka bakal berentap dengan kelab Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh di final Antara Zon Piala AFC 2022 malam ini.
Baca Juga:
- AFC Cup 2022: Bojan Hodak Puji Persembahan Pemain KL City
- KL City Lakar Sejarah Mara Ke Final Antara Zon Piala AFC 2022
- KL City Mahu Tunjuk Kepada Asia Kehebatan Pasukan Liga Malaysia
- Bojan Hodak Berang Dengan Tindakan Kim Pan-gon
Pengendali skuad warga kota, Bojan Hodak mahu pemainnya menikmati perlawanan dan bermain habis-habisan untuk memburu tempat ke perlawanan akhir Piala AFC.
“Ia pencapaian yang luar biasa dapat mara hingga sejauh ini. Kami tiada tekanan. Pasukan tuan rumah lebih tertekan.
“Sebelum pertandingan bermula, sasaran kami hanyalah melepasi peringkat kumpulan dan kami menikmati perjalanan dalam setiap perlawanan serta akan beraksi lebih baik di sini,” kata Bojan.
📸 A first feel of the Grand Stage!
1 day to go 🤩#KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/Ho02vzZyMd
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) October 4, 2022
Bojan Hodak juga turut melakukan kajian terhadap kekuatan Sogdiana kerana mereka tidak pernah bertemu lawan yang lebih kuat dari Asia Tengah.
“Kami telah melakukan kerja rumah kaji tentang Sogdiana. Hasanov berusia 39 tahun tetapi dia bermain seperti umur 19 tahun, ini pemain yang paling berbahaya dan beliau adalah penjaring terbanyak pasukan itu.
“Mereka juga bagus dalam ‘set-pieces’ dan Kolakovic sangat berbahaya dalam perebutan bola di udara,” jelas Hodak.
4 Pasukan bakal berentap buru tiket ke perlawanan akhir Piala AFC musim ini. 🏆#AFCCup2022 pic.twitter.com/GHq9cBwd5v
— VOCKET FC (@vocketfc) October 4, 2022
Jurulatih dari Croatia itu mengakui perjalanan mereka ke Uzbekistan tidak begitu mudah kerana berdepan pelbagai cabaran dari segi cuaca, penerbangan dan keadaan padang.
“Tiada penerbangan terus dari KL ke Tashkent, kami terpaksa menempuhi perjalanan selama 28 jam menerusi Korea. Cuaca memang berbeza tetapi mujurlah tidak begitu sejuk. Masalahnya cuaca di sini sangat kering tidak sama dengan cuaca di Malaysia.
“Kami tiba di sini 3 hari lebih awal dan esok para pemain sudah cukup bersedia untuk menghadapi perlawanan penting.
“Padang juga tidak berada dalam keadaan yang baik. Oleh itu, saya jangka kedua-dua pasukan berdepan kesukaran mengawal bola tetapi ia tetap akan berlangsung sengit.
“Tidak perlu bermain cantik kerana orang hanya akan tengok siapa yang mara ke perlawanan akhir,” ujar Bojan Hodak.
Jika menang, KL City akan bertemu kelab dari Oman, Al Seeb yang berjaya ke perlawanan akhir Piala AFC 2022 selepas menewaskan kelab Bahrain, AL Riffa 4-0 semalam.