Apabila kita bercakap mengenai pemain import dalam saingan Liga Malaysia, ramai pihak akan memberi perhatian kepada pemain di bahagian serangan manakala pemain di bahagian pertahanan kurang diberikan perhatian.
Di sini, kami senaraikan 5 pemain pertahanan import yang menampilkan prestasi cemerlang setakat ini dalam saingan Liga Super 2019.
1. Herold Goulon
Bekas pemain Blackburn Rovers ini menampilkan aksi yang cemerlang di barisan pertahanan pasukan Pahang. Goulon telah menjaringkan empat gol setakat ini dan membantu skuad Tok Gajah menduduki tangga kedua.
2. Mauricio dos Santos Nascimento
Pemain yang pernah beraksi bersama Lazio ini beraksi dengan baik dimana beliau memastikan kubu JDT sukar untuk ditembusi pihak lawan. Mauricio belum menjaringkan sebarang gol dalam saingan liga namun prestasi cemerlang beliau membantu JDT menduduki tangga teratas Liga Super.
3. Renan Alves
Renan Alves menjadi nadi utama Kedah dimana beliau beraksi dengan baik di bahagian pertahanan skuad Lang Merah. Setakat ini, Renan menjaringkan satu gol dalam saingan liga dan membentuk gandingan mantap bersama Shakir Hamzah.
4. Shakir Hamzah
Sama seperti Renan, pemain kebangsaan Singapura ini menampilkan prestasi cemerlang bersama Kedah musim ini. Shakir telah menjaringkan tiga gol dalam saingan Liga dan gandingannya bersama Renan membantu Kedah menduduki tangga ketiga.
5. Igor Zonjic
Igor mengekalkan prestasi dari musim lalu dimana beliau beraksi dengan baik di barisan pertahanan Terengganu FC. Pemain tinggi lampai dari Serbia ini telah menjaringkan dua gol dalam saingan Liga Super setakat minggu perlawanan ke-12.
Itulah dia 5 pemain pertahanan import yang menampilkan persembahan cemerlang dalam saingan Liga Super setakat ini. Tidak mustahil kelima-lima pemain mampu memenangi gelaran pemain terbaik jika mereka mengekalkan prestasi semasa.