Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata nasib perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Bahrain di Manama terletak sepenuhnya di tangan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Imigresen kedua-dua.

FAM dan FA Bahrain sudah menyatakan mereka bersedia untuk melangsungkan perlawanan. Namun semuanya bergantung kepada pihak berkuasa kedua-dua negara ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Pengurus Pasukan Harimau Malaya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata pihaknya hanya akan berangkat ke Manama apabila mendapat kebenaran.

Persahabatan
Tan Cheng Hoe dan Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi. Sumber Gambar: FAM

“Kita dengan Bahrain memang dah ada persefahaman untuk mengadakan perlawanan persahabatan ini tetapi kita masih lagi menunggu Kementerian Kesihatan dan Jabatan Imigresen kedua-dua negara untuk mendapatkan kelulusan ke sana.

“Maknanya kalau kedua-duanya iaitu pihak imigresen dan kesihatan dua negara ini lepaskan, barulah perlawanan itu akan diadakan.

Persahabatan
Sumber Gambar: Foxsport

“Ia bergantung sepenuhnya kepada kelulusan tapi dari segi Persatuan Bolasepak Malaysia dan Bahrain semacam dah ada persefahaman,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Perlawanan persahabatan menentang Bahrain menjadi pemanas badan terakhir sebelum skuad kendalian Tan Cheng Hoe turun berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 8 Oktober nanti.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan Malaysia di sini:

Lima Pemain Malaysia Diintai Pasukan Dari Eropah

Ubi Muda Malaysia, Allee Putra Sah Sertai Akademi Bolasepak Antarabangsa FC Malaga City, Sepanyol

Tonton Temu Bual Eksklusif Bersama Omar Raiyan Kama Azlan, Pemain Remaja Malaysia Bersama Kelab Red Star Belgrade