Ketua jurulatih pasukan Timor Leste, Norio Tsukitate menyifatkan perlawanan menentang Malaysia adalah satu tugas yang getir untuk anak-anak buahnya kerana pemain negara berada di kelas yang tersendiri.
Meskipun begitu, Norio mahu pemainnya untuk memberikan cabaran sengit kepada Safawi Rasid dan rakan-rakan dimana beliau mahu menggunakan kaedah serangan balas bagi mencari jaringan.
Pengendali dari Jepun itu turut menekankan disiplin ketika bertahan yang tinggi bagi memastikan barisan serangan negara tidak mempunyai ruang untuk melancarkan gerakan serangan.
“Keadaan amat sukar bagi kami apabila melakukan serangan, sukar untuk pemain kembali semula dengan pantas ke kedudukan masing-masing untuk menghalang kemaraan pemain lawan,” katanya menurut laporan Utusan.
Ketika ini, Timor Leste menghuni ranking ke-195 dunia dalam kedudukan ranking FIFA manakala Malaysia pula berada di kedudukan yang lebih baik iaitu ranking ke-168.
Berdasarkan empat pertemuan sebelum ini, skusd Harimau Malaya berjaya mencatat tiga kemenangan serta satu seri.
Mengikut catatan di atas, pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe sepatutnya tidak berdepan masalah untuk menewaskan Timor Leste sekaligus meraih bekalan selesa menuju perlawanan kedua pada Selasa hadapan.