Menjelang aksi final Piala AFC yang menemukan Kuala Lumpur City (KL City) menentang kelab dari Oman, Al Seeb, penyokong bola sepak tempatan meluahkan rasa tidak puas hati dengan waktu sepak mula jam 7 malam yang ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Baca Juga:
- Tiket Final Piala AFC 2022 Mula Dijual Dengan Harga RM30
- Penyokong KL City Tak Setuju Final Piala AFC Diubah Ke Bukit Jalil
- Piala AFC 2022: Hadiah Lumayan Menanti KL City
Ia dianggap tidak menjaga sensitiviti umat Islam kerana perlawanan berlangsung ketika azan Maghrib berkumandang sekaligus menimbulkan masalah buat penyokong yang ingin hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
Justeru itu, mereka merayu agar pengurusan KL City dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat berbincang dengan AFC agar mengubah waktu sepak mula kepada jam 8 atau 8.30 malam untuk memudahkan urusan penyokong serta pemain.
“Tolong lah minta rayuan kick-off afc cup sabtu ni esok untuk diubah sebab 7 malam kena ingat dah lah time waktu azan maghrib and solat sekurang-kurangnya 7.45 minit malam atau 7.30 minit malam itulah waktu paling sesuai kick off,” kata Zani Syaputra di ruang komen laman facebook rasmi KL City.
Turut meluahkan pendapat ialah pemerhati bola sepak tempatan, Afiq Shari yang berharap AFC tangguh waktu sepak mula sekurang-kurangnya jam 7.30 malam untuk menghormati azan maghrib.
https://twitter.com/AfiqShari/status/1582174710128746496?s=20&t=sTSD8nARBvGp294wKECiyA
Seorang lagi penyokong setia KL City, Nizam Archibald turut mengkritik tindakan AFC menetapkan jam 7 malam sebagai waktu sepak mula perlawanan itu.
“Hai AFC, kenapa perlawanan bermula jam 7 malam? Tukar kepada 9 malam atau sekurang-kurangnya 8 malam lah,” tulisnya dalam bahasa inggeris menerusi laman twitter.
Hi @theafcdotcom what the hell the game starts at 7pm? Change it to 9pm or at least 8pm lah!
— Nizam 🇲🇾🇵🇸 (@NizamArchibald) October 17, 2022
Ada juga berpendapat keadaan serta waktu sepak mula 7 malam ini bakal mengurangkan bilangan penyokong ke stadium kerana ia dilihat terlalu awal untuk tiba ke stadium kerana mereka kebiasaannya solat di rumah dan masjid terlebih dahulu.
Azan maghrib pun 7.01pm sekarang. Kalau start 7.30pm tu boleh lah faham lagi. https://t.co/BkCc7FA9xa
— Uyunnnnn (@uyunkhaire) October 17, 2022
Jap asal kickoff pukul 7, buat la 745 atau 8. Paling2 awal pun 730. Kickoff pukul 7 jadi menyusahkan orang dengan urusan solat, either diorang miss part of first half nak solat atau solat time half time. Snbj tu suraunya ada limit, haru biru jadinya kalau kickoff pukul 7 https://t.co/ccaL6PIm0S
— . (@Hafizhakimi_r) October 17, 2022
Tolong bagi nasihat sikit dekat @theafcdotcom & @KLCityFootball supaya game di mulakan jam 8mlm. Langsung tiada sikap sensitif terhadap agama. Game bermula jam 7pm sama dengan waktu solat maghrib di KL. @myJAWIKL @maiwphq @pejabatmuftiwp @ustaz_idris @MyJAKIM https://t.co/1tEnuMf0Gk
— … (@LadsKL) October 17, 2022
Sejak semalam, jualan tiket telah dibuka untuk pembelian para penyokong.
Difahamkan harga asal tiket tersebut ialah RM50 namun penyokong boleh mendapatkannya dengan harga promosi sebanyak RM30 bermula 17 Oktober hingga hari rabu (19 Oktober).
Bagaimanapun, tiket tersebut hanya dijual secara dalam talian menerusi laman web www.tickethotline.com.my dan setakat ini tiada jualan secara fizikal di kaunter stadium.
Skuad bimbingan Bojan Hodak itu tinggal selangkah untuk mencipta kejutan sekali gus menjadi pasukan kedua dari Malaysia memenangi kejuaraan tersebut selepas kali pertama diraih Johor Darul Ta’zim (JDT) pada tahun 2015.