Baru-baru ini, penyokong Perak meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menggunakan nama The Bos Gaurus FC berbanding Perak FC untuk melengkapkan proses penswastaan seperti yang diarahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presiden Gabungan Penyokong Bola Sepak Perak (TBG Mobs), Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, pihaknya melihat nama Perak FC begitu sinonim dengan pasukan yang mencipta pelbagai sejarah dan memenangi banyak piala.

Beliau berharap nama Perak dapat dikekalkan sebagai identiti pasukan berbanding dengan nama-nama lain.

Bagaimanapun, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selaku pengarah menjelaskan penggunaan nama “The Bos Gaurus” adalah untuk sementara waktu bagi melengkapkan dokumen pendaftaran yang diperlukan oleh FAM.

Menurutnya, nama Perak akan dikekalkan tetapi memerlukan kelulusan daripada exco dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Rakyat, penyokong-penyokong bola sepak di luar sana jangan bimbang saya sendiri adalah peminat tegar pasukan bola sepak Perak.

“Sudah tentunya tidak akan guna nama lain selain daripada nama perak. Jadi apabila kita telah buat kertas exco untuk dibawa ke mesyuarat exco, mendapat kebenaran untuk menggunakan nama perak itu, maka Bos Gaurus FC itu akan ditukar nama kepada Perak FC,” katanya.

FAM sebelum ini mewajibkan semua pasukan melengkapkan proses penswastaan sebagai syarat untuk beraksi dalam Liga Malaysia musim depan.

Namun, FAM mendedahkan 38% syarikat kelab Liga Super dan Liga Premier masih lagi ‘dipegang’ oleh Persatuan Bola Sepak Negeri termasuk Perak.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Harris Harun Ucap Selamat Tinggal Kepada JDT?

Saingan Piala Malaysia 2020 Akan Bermula Pada 25 Oktober

Ini Senarai ‘Owner’, Nama Syarikat Dan Pengarah 21 Buah Kelab Dalam Saingan Liga Super Dan Liga Premier Malaysia

Pahang Antara 11 Pasukan Yang Tidak Memohon Lesen AFC