Pasukan Stallion Laguna FC, melalui laman sosial rasmi Facebook mereka sebentar tadi telah mengesahkan bahawa penjaga gol utama mereka, Patrick Deyto sah akan berhijrah ke Thailand.

Beliau yang juga merupakan seorang penjaga kebangsaan pasukan Filipina akan menyertai kelab Thai League 1, Suphanburi FC selepas kira-kira seminggu rakan senegaranya iaitu bekas pemain pertahanan Kedah, Alvaro Silva menyertai pasukan tersebut.

“Keputusan kami untuk melepaskan Patrick dan membenarkan beliau beraksi untuk Suphanburi FC dalam saingan Thai League 1 bukan satu perkara yang mudah, tetapi ia lebih menjurus kepada logikal. Ia mungkin pelik, tetapi saya harap ia akan berlaku lebih banyak lagi dimasa akan datang.”

“Kami teruja apabila ramai pemain kacukan mahu bermain untuk negara kami. Apabila kelab tempatan mula mengambil mereka dan bermain dalam saingan UFL dan PFL, kedudukan FIFA ranking kami mula menampakkan perubahan. Sekarang, pemain seperti Patrick dan yang lain memiliki peluang untuk beraksi di luar negara, kami perlu memberikan sokongan sewajarnya.”

Kini, kanak-kanak disini mempunyai lebih ramai hero untuk dijadikan contoh. Masa depan bola sepak Filipina semakin cerah. Ia bukan satu perjalanan yang mudah untuk penyokong, pemain dan juga pasukan tetapi yang sukar itu menjadikan ia lebih hebat! – Ernest Nierras

“Ia bukan sahaja akan membantu meningkatkan kualiti permainan The Azkals, tetapi turut menunjukkan dengan jelas bahawa pemain tempatan kami juga bukan sahaja mampu bermain dalam saingan PFL, malahan dalam liga di luar negara juga.”

Screenshot 2019-07-08 at 11.11.17 PM

“Sebagai ketua jurulatih Stallion Laguna FC, ia sesuatu yang berat untuk saya buat keputusan, apabila memikirkan betapa kami bekerja keras untuk mendapatkan khidmat beliau untuk saingan PFL 2019.”

“Sebagai pakcik beliau, saya cukup bangga dengan apa yang dia akan lakukan. Saya yakin ibu bapa dan juga keluarga Patrick turut serta bangga dengannya. Jadi, selamat maju jaya untuk Patrick Deyto, dan kami teruja untuk menanti berita aksi beliau dalam saingan Thai Premier League.”

Dengan impian untuk turun beraksi dalam skuad kebangsaan Filipina, Patrick Deyto ‘keluar’ dari zon selesa untuk mendapatkan suasana lebih berkualiti dan kompetitif untuk bersaing dengan 2 lagi nama besar penjaga gol The Azkals iaitu Neil Etheridge (Cardiff City) dan Micheal Falkesgaard (Bangkok United).