Setelah tiga pengadil yang didatangkan dari Jepun menampilkan prestasi terbaik, muncul tanda tanya adakah perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 2 November mendatang akam turut menggunakan khidmat pengadil sama ataupun sebaliknya.
Persoalan tersebut dijawab oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Md Dali Wahid dimana beliau menegaskan pengadil tempatan tetap diberi keutamaan.
“Berkenaan mahu menggunakan pengadil dari luar atau tempatan masih belum ada perbincangan. FAM memberi keutamaan kepada pengadil tempatan bagi mengadili final Piala Malaysia. Ini liga kita dan biar kita yang kendalikannya.
“Buat masa sekarang, kita dahulukan anak tempatan untuk kendalikan final Piala Malaysia, walaupun pengadil dari Jepun mengendalikan final Piala FA dengan baik,” katanya menurut laporan Utusan.
Pada perlawanan akhir Piala FA 2019 yang berlangsung pada Sabtu lalu, Takuto Okabe bertindak dengan cemerlang apabila berjaya mengawal perlawanan tersebut dengan baik sambil dibantu dua rakan senegara iaitu Akane Yagi dan Osamu Nomura.
Rata-rata peminat bola sepak tanah air dan ketua jurulatih pasukan Kedah, Aidil Sharin serta ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar turut memuji Takuto di atas kecemerlangan beliau.
Reaksi Positif Peminat Bola Sepak Terhadap Prestasi Pengadil Jepun Dalam Final Piala FA 2019 https://t.co/V7LmTGXsu0
— VOCKET FC (@vocketfc) July 28, 2019
Tamnah Dali, semua pihak perlu positif dan perlu belajar sesuatu daripada kecemerlangan yang ditampilkan oleh tiga pengadil terbabit.
“Saya fikir kita perlu positif. Ada perkara yang perlu kita lihat untuk dijadikan penanda aras kepada pengadil tempatan, bagaimana untuk menguruskan perlawanan dengan konsisten.
“Bagaimanapun, saya bukan nak kata pengadil tempatan tidak bagus, bukan. Pengadil kita masih berada di tahap terbaik. Kita tengok kelebihan yang mereka ada dan walaupun sikit tetap menjadi ilmu untuk kita,” tambahnya.