Barcelona telah dituduh membayar atau sogok bekas naib presiden Jawatankuasa Pengadil dengan nilai sebanyak €1.4 juta dari 2016-2018.
Baca Juga:
- Abang Messi Anggap Barcelona Mulai Dikenali Kerana Messi
- Ronaldinho Dedahkan Anaknya Bakal Sertai Akademi Barcelona
- Barcelona vs Sevilla: Skuad Bimbingan Xavi Kini 8 Mata Di Atas Real Madrid
Pengadil, Jose Maria Enrique Negreira yang menjadi naib presiden Jawatankuasa Teknikal dalam Jawatankuasa Pengadil sebaik sahaja dia bersara.
Cedena Ser melaporkan Negreira menerima beberapa siri bayaran daripada Barcelona iaitu €532,728 pada 2016, €541,752 pada 2017, dan €318,200 lagi pada 2018.
Penjabat pendakwaraya mengesahkan bayaran itu dibuat oleh Barcelona kepada DASNIL 95, dengan disertakan lampiran penyata bayaran cukai.
Diario AS menyetakan bahawa bayaran itu dibuat agar pengadil tidak membuat keputusan yang tidak memihak kepada mereka.
🔴 Comunicado @CTARFEF | Al respecto de las últimas informaciones
🔗 https://t.co/vsfDzIa47Q pic.twitter.com/rqO68S3bxj
— RFEF (@rfef) February 15, 2023
Negreira dan anak lelakinya Javier Enríquez Romero sudah membuat pengakuan di mahkamah. Dan menafikan kesemua pertuduhan ke atas mereka berkaitan bayaran agar mereka memihak kepada Barcelona ketika mengadili perlawanan di atas padang.
Negreira sebaliknya menyatakan bahawa bayaran yang dia terima adalah untuk tujuan kajian tentang respon pemain kepada pengadil dalam beberapa situasi di atas padang.
Lalu Negreira akan memberikan cadangan cara pemain Barcelona untuk bertindak di atas padang dalam perlawanan berikutnya berdasarkan pengadil yang berbeza.
Ada pengadil lebih berdiplomasi, ada yang lebih tegas dan tak suka dilawan.
🚨 BREAKING: FC Barcelona paid a vice president of the Referees Committee, €1.4 million from 2016-2018 😱
[@diarioas] pic.twitter.com/Y0HulfuaLu
— Barstool Football (@StoolFootball) February 15, 2023
Barcelona kemudian tampil dengan penafian bahawa mereka membayar pengadil agar berpihak kepada mereka.
Barcelona malah mengancam tindakan perundangan kepada mereka yang memfitnah kelab itu membayar pengadil termasik mereka yang menyindir kelab berkaitan perkara tersebut di media sosial. Merujuk kepada troll atau sarcasm.
Barcelona dalam kenyataan mereka nafi sogok pengadil sebaliknya meggunakan khidmat pakar luar untuk membantu dari segi teknikal.
“Berhadapan dengan maklumat yang disiarkan hari ini di program Quê t’hi jugues de Ser Catalunya, FC Barcelona, yang mengetahui fakta yang sedang disiasat oleh Pejabat Pendakwa Raya mengenai pembayaran yang dibuat kepada syarikat luar, kelab ingin menjelaskannya:
Bahawa, pada masa lalu, FC Barcelona telah mengupah perkhidmatan perunding teknikal luaran, yang membekalkan khidmat analisis, dalam format video, laporan teknikal yang merujuk kepada pemain untuk kegunaan sekretariat teknikal Kelab.
Comunicat del FC Barcelona sobre la informació emesa avui al programa 'Què t’hi jugues' de Ser Catalunya
👉 https://t.co/uD9qfRsSq9 pic.twitter.com/inNwVkFV8Z
— FC Barcelona (@FCBarcelona_cat) February 15, 2023
Selain itu, hubungan dengan pembekal luar yang sama telah dilanjutkan dengan laporan teknikal yang berkaitan dengan pengadilan profesional untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan oleh kakitangan kejurulatihan pasukan utama dan anak syarikat, amalan biasa dalam kelab bola sepak profesional.
Pada masa ini, jenis perkhidmatan sumber luar ini diberikan kepada badan profesional yang bekerja di Football Area.
FC Barcelona kesal kerana maklumat ini muncul tepat pada saat terbaik kelab musim ini dari segi kesukanan.
El president @JoanLaportaFCB, sobre la informació emesa avui al programa 'Què t’hi jugues' de Ser Catalunya pic.twitter.com/ZwveRqn3mK
— FC Barcelona (@FCBarcelona_cat) February 15, 2023
FC Barcelona akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang merosakkan imej Kelab termasuk sindiran yang bertentangan dengan reputasi entiti yang mungkin timbul akibat maklumat ini.”