Pasukan Penang mengambil keputusan untuk merehatkan ketua jurulatih mereka, Tomas Trucha ekoran prestasi kurang memuaskan dalam saingan Liga Super musim ini.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan, Trucha dinasihatkan mengambil cuti rehat atas sebab-sebab keselamatan dengan mengambil kira nasihat dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Ini berdasarkan bentuk kecenderungan kemarahan penyokong yang dikhuatiri boleh mendorong tindakan bersifat khianat jenayah daripada mana-mana individu yang kurang bijaksana dalam membuat apa-apa pertimbangan.
“Beliau bukan direhatkan atau dalam proses diambil tindakan disiplin. Hanya dalam proses perundingan penyelesaian yang adil dan ihsan yang melibatkan semua pihak berkepentingan.
“Pihak berkepentingan termasuk kepentingan penyokong Penang yang telah banyak mengeluarkan duit poket sendiri untuk datang ke Stadium tempat sendiri dan stadium pihak lawan, pemegang kad bermusim dan serta ribuan pengguna merchandise pasukan yang ada hak mereka untuk dilindungi sebagai “pelabur” secara tidak langsung dalam pengukuhan dana Syarikat (Kelab),” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan.
Kelab dari utara tanah air itu gagal meraih sebarang kemenangan dalam enam perlawanan liga yang dihadapi, hanya mencatat tiga mata dan menduduki tangga tercorot.
📊 KEDUDUKAN – LS6#LigaSuper2022 pic.twitter.com/betqkVUXUU
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 29, 2022
Prestasi buruk pasukan dalam Liga Super membuatkan penyokong pasukan tidak berpuas hati dengan Trucha dan pelbagai tuduhan dilontarkan kepada pengendali dari Republik Czech itu.
Prestasi musim 2022 jelas berbeza dengan apa yang ditampilkan oleh Penang pada musim lalu dimana mereka bersaing dengan antara pasukan besar di Liga Super dan hampir mengisi tempat untuk beraksi dalam saingan Piala AFC.
Namun nasib tidak menyebelahi pasukan itu dimana mereka menduduki tangga ketiga, dibezakan dua mata dengan Kedah Darul Aman yang menghuni tangga kedua. Selain itu, Casagrande turut menjaringkan 12 gol.
Selepas Tomas Trucha direhatkan, Penang akan dikendalikan oleh penolong ketua jurulatih iaitu Manzoor Azwira dan dibantu oleh Chong Yee Fatt.
Manzoor dikhabarkan akan mengambil kursus AFC Pro Diploma sekaligus membolehkan beliau untuk mengisi jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Yusri Che Lah Anggap Perkembangan Terkini Hadiah Paling Bermakna Buat Perak
Zamsaham Dedah Seorang Bekas Pemain Mahu Kembali Beraksi Bersama Kelantan