Jika diperhatikan, isu penaja ‘menunggang’ pasukan sebenarnya bukan satu perkara baharu dalam industri bola sepak Malaysia khususnya.
Ia telah agak lama berlaku dan kebanyakannya memiliki beberapa ‘pattern’ mengikut jenis penaja yang cuba masuk ke dalam sesebuah pasukan.
Salah satu ‘pattern’ ini yang paling popular adalah dengan menawarkan sejumlah penajaan dibahagian hadapan jersi pasukan kerana bahagian ini dikatakan paling banyak menerima ‘exposure’.
Banyak pasukan yang sebenarnya ‘terciduk’ dengan penaja disebabkan pelbagai perkara contohnya perjanjian pakej penajaan yang berat sebelah lebih memihak kepada penaja berbanding pasukan itu sendiri.
Banyak kes berlaku dimana penaja sekadar membayar sebahagian kecil sahaja jumlah penajaan yang dipersetujui dan bakinya tidak dijelaskan atas pelbagai sebab dan faktor. Dalam kes seperti ini, logo penaja sudah terpampang dan menerima banyak exposure baik secara online atau pun offline, dan ini sudah menguntungkan mereka.
Sebaliknya, pasukan terbabit ada diantaranya terpaksa ‘mengemis’ bayaran baki tajaan demi kelangsungan operasi pasukan. Tuntutan secara perundangan agak jarang didengar kerana berkemungkinan besar perjanjian berat sebelah. Siapa yang terima pada asalnya?
Selain itu, wujud juga penaja yang gemar meletakkan ‘demand’ tertentu kepada pasukan untuk mereka bersetuju menyalurkan penajaan.
Demand ini datang dalam pelbagai bentuk termasuk ‘player placement’ untuk tujuan pemasaran, ‘parking’ individu tertentu untuk jawatan-jawatan penting dalam pasukan bagi tujuan tertentu serta banyak lagi walaupun nilai tajaan itu sebenarnya tidak berbaloi dengan
Mereka ini lebih mementingkan pemasaran syarikat berbanding mewujudkan satu sinergi dengan pasukan untuk menaikkan lagi industri bola sepak.
Pelbagai perancangan ditabur untuk ‘memaniskan’ lagi percaturan dimana selalunya akan berakhir dengan pasukan terkapai-kapai menanti hasil yang dijanjikan.
Ada juga agensi insurans yang lari dari menjalankan tanggungjawab mereka kepada pasukan dan terus memberikan kesan buruk kepada semua yang terlibat.
Ini hanyalah 3 contoh dari banyak lagi kemelut ‘tunggangan’ yang banyak disimpan supaya tidak diketahui umum dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.
Banyak juga kes berlaku disebabkan kelemahan atau kejahilan pihak dalam pengurusan pasukan yang membuka peluang ‘tunggangan’ kepada penaja-penaja tertentu ini.
Ada juga pasukan yang cuba menyelesaikan secara baik tetapi disebabkan perangai ‘menunggang’ ini sudah terlalu menjiwai hidup, puak-puak seperti ini membiarkan sahaja seperti tiada apa yang berlaku.
Apa yang pasti modus operandi mereka ini sentiasa bergerak selari dengan masa, menggunakan pelbagai teknik dan strategi. Adalah penting bagi pegawai-pegawai dalam pengurusan meneliti dengan lebih mendalam dan mampu membuat keputusan yang tepat demi pasukan dan bukan demi penaja bagi menghidupkan bola sepak Malaysia.