Peminat England sekali lagi kritik Maguire selepas 2 kesilapannya menjadi punca kepada 2 gol Jerman dalam aksi antarabangsa UNL.
Baca Juga:
- UNL: Jerman Dimalukan Hungary, England Tersingkir
- Southgate Tak Pernah Terfikir Gugurkan Maguire: “Dia Antara Yang Terbaik Dan Berpengalaman”
- Ten Hag Teruja Umum Maguire Kekal Kapten: “Dia Kapten Yang Mantap”
Kesilapan pertama adalah kesilapan berganda. Maguire tersilap hantar bola kepada Musiala dan kemudian menjatuhkan Musiala untuk memberikan penalti.
Penalti tersebut disempurkan oleh bintang Manchester City, Ilkay Gundoga.
Kesilapan kedua pula adalah ketika Maguire cuba menunjukkan skil individunya untuk menggelecek lawan di sepertiga akhir padang, dan akhirnya hilang bola, membuatkan pasukannya diserang balas dan bolos lagi.
Kali ini England dihukum oleh Kai Havertz menerusi gol sangat cantik dari luar kotak penalti.
England kemudian bangkit dengan 3 gol. Yang seakan akan mampu menutup segala kritikan ke atas Maguire. Malangnya, Nick Pope pula melakukan kesilapan untuk membolehkan Jerman menjadikan kedudukan 3-3, hanya selepas 4 minit England di hadapan dengan 3-2 menerusi penalti Harry Kane.
Di media sosial, peminat England kritik Maguire dengan lebih teruk. Mereka mengingatkan Southgate bahawa Maguire sering kalah setiap kali dia memulakan perlawanan.
Seorang lagi peminat menyatakan bahawa, Southgate harus tegas seperti Erik Ten Hag yang mengenepikan Harry Maguire kerana permainannya sangat berisiko.
Ada juga yang mempersoalkan: “Bagaimana dia terpilih bermain untuk kedua-dua Man Utd dan England adalah mental [gila].”
Namun pengguna Twitter tersebut tidak menyalahkan Maguire seterusnya, kerana dia tak boleh memilih dirinya sendiri untuk turun dalam skuad yang bermain.
Harry Maguire is insanely bad, how he gets picked for both Man Utd and England is mental.
However, it’s not his fault he’s picked. He’s basically being thrown into the lions den every week, he’s playing at a level he’s just not able for of what’s expected in today’s football.
— W0 (@Irish_Gooner) September 26, 2022
Ramai yang berpendapat, kesetiaan membabi buta Gareth Southgate kepada Maguire akan memakan diri.
Namun pengurus itu tampil mempertahankan Maguire dalam wawancara selepas tamat perlawanan.
Menurutnya, peminat England harus melihat perlawanan ini pada sudut positif di mana permainan pasukan kebangsaan mereka sudah jauh lebih baik selepas beberapa aksi terakhir yang sukar.
Maguire telah terbukti menjadi salah seorang pemain kegemaran pengurus Gareth Southgate untuk England.
Sebelum ini Gareth Southgate sudah memberikan jaminan bahawa Maguire akan terus berada dalam skuadnya ke Piala Dunia 2022 walaupun dia tidak mendapat minit permainan yang banyak di Manchester United.
Southgate meminta Maguire agar tidak terlalu tertekan memikirkan aksi di kesebelasan utama di Old Trafford selepas pemain itu kehilangan tempat kepada Lisandro Martinez dan Raphael Varane.