Malaysia berjaya menewaskan pasukan Hong Kong dalam satu aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim baru-baru ini dan kekalahan itu nyata sukar diterima oleh penyokong lawan.
Baca Juga:
- Malaysia vs Hong Kong: Faisal Halim Teruja Dapat Jaringkan Gol
- Highlight Malaysia vs Hong Kong
- Perlawanan Persahabatan: Malaysia Kekalkan Rentak Kemenangan, Tundukkan Hong Kong 2-0
Jaringan dari Akhyar Rashid dan Faisal Halim sudah cukup untuk memberikan kemenangan kepada Malaysia dan peminat Hong Kong terus melampiaskan kemarahan mereka di laman media sosial dengan menulis komen yang dianggap biadap.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) March 29, 2023
Ada segelintir peminat yang mencemuh kehilangan pesawat MH 370 dan mengaitkan dengan kekalahan pasukan mereka di tangan skuad Harimau Malaya.
“Kami kalah perlawanan namun Malaysia kehilangan kapal terbang,” tulis seorang peminat.
Kekecewaan penyokong Hong Kong bukan sahaja kerana tewas kepada pasukan negara tetapi juga kerana pasukan negara dibimbing oleh Kim Pan-gon, bekas ketua jurulatih negara dari Asia Timur itu.
Sebelum ini, Pan-gon dibenci oleh penyokong Hong Kong kerana beliau gagal untuk menampilkan prestasi yang baik selain membawa terlalu ramai pemain naturalisasi dan kacukan ke dalam pasukan.
Setelah membimbing Malaysia dan mencapai beberapa kejayaan selain menjadikan pasukan negara sebagai satu pasukan yang kuat, perkara ini nyata kurang disenangi oleh peminat Hong Kong.
Dua kemenangan ke atas Turkmenistan dan Hong Kong bukan sahaja memastikan pasukan negara berada dalam prestasi terbaik tetapi skuad Harimau Malaya juga berjaya memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA dimana ketika ini Malaysia melonjak ke tangga ke-138.
Kini para pemain sudah kembali ke pangkuan kelab masing-masing untuk meneruskan saingan Liga Malaysia yang berhenti seketika selama dua minggu bagi memberi laluan kepada pasukan kebangsaan beraksi di jendela FIFA. Kim Pan-gon akan memanggil pemain bagi menyertai kem latihan pusat pada jendela FIFA yang seterusnya.