Peminat bola sepak tanah air menggesa agar ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memanggil pertahanan kiri Kuala Lumpur City, Daniel Ting bagi memperkuatkan pasukan negara pada saigan kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadualkan bermula pada tahun hadapan.

Daniel tersenarai dalam kesebelasan utama terbaik saingan Liga Super musim 2021 versi Vocket FC dan ramai menganggap pemain berusia 28 tahun itu layak berada dalam senarai setelah menampilkan prestasi cemerlang bersama KL City musim ini.

https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1437781428096413707

Gesaan dari peminat ini timbul setelah Cheng Hoe hanya memanggil seorang sahaja pemain pertahanan kiri iaitu La’Vere Corbing-Ong dan meletakkan Syahmi Safari sebagai pemain sandaran pada saingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun lalu.

Ramai berpendapat Corbin-Ong perlukan back up sekiranya ada kejadian yang tidak diingini berlaku seperti isu kecederaan dan penggantungan kepada pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dan Daniel Ting dilihat sebagai calon yang sesuai.

Daniel kembali beraksi dalam saingan Liga Malaysia bersama KL City setelah kali terakhir menyarung jersi PKNS FC pada 2019 sebelum memutuskan untuk bersara dan menetap di Australia.

Seorang lagi pemain yang layak dipanggil untuk beraksi bersama skuad kebangsaan menurut peminat ialah pertahanan kanan Penang, Quenting Cheng dimana beliau beraksi dalam kesemua 22 perlawanan Liga Super musim ini bersama Penang.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Owen Teo Dapat Tawaran Beraksi Bersama Skuad Kebangsaan China

MFL Sahkan Challenge Cup 2021 Terpaksa Dibatalkan, 3 Faktor Utama Dijelaskan Oleh CEO MFL

Liga M3: CEO Real Chukai Akur Dengan Pembatalan, Sedang Rangka Jalan Alternatif