Baru-baru ini, penyerang skuad kebangsaan, R.Kogileswaran membuat penampilan pertama bersama kelab baharunya, Chungbuk Cheongju dimana pemain itu diturunkan ketika saingan Piala FA Liga Korea.

Baca Juga:

Kogi diturunkan dalam kesebelasan utama dimana beliau diletakkan di posisi sayap kiri dan beraksi selama 60 minit sebelum dikeluarkan pada separuh masa kedua.

Selepas perlawanan, peminat Chungbuk Cheongju memberikan sambutan hangat kepada R.Kogileswaran dimana ada segelintir dari mereka menunggu Kogi di luar stadium bagi mendapatkan tandatangan pemain itu.

Meskipun tidak menjaringkan gol dalam perlawanan bertemu Seoul Jungnang, namun pemain berusia 24 tahun itu menampilkan prestasi yang baik dimana beliau membuat beberapa percubaan selain mencipta persefahaman yang cukup baik bersama rakan sepasukan.

Sebelum separuh masa pertama tamat, Kogi membuat percubaan dari luar kotak penalti namun rembatan jarak jauh beliau berjaya ditepis oleh penjaga gol lawan.

Bekas pemain Sri Pahang dan Petaling Jaya City itu terlibat ketika jaringan kedua Chungbuk dimana beliau dijatuhkan ketika proses gerakan namun mujur rakan sepasukan berjaya menjaringkan gol. Kogi akhirnya dikeluarkan pada minit ke-60 dan menamatkan penampilan pertama beliau bersama kelab baharunya.

Selepas ini, Chungbuk akan turun berdepan Seongnam FC dalam saingan divisyen dua pasukan itu mahu meraih kemenangan bagi memperbaiki kedudukan dalam carta liga. Chungbuk ketika ini menduduki tangga ketujuh dengan kutipan lima mata.

Tidak mustahil Kogi bakal diturunkan dalam kesebelasan utama selepas mempamerkan prestasi yang baik pada penampilan pertamanya.