Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan harga tiket bagi perlawanan peringkat kumpulan menentang Singapura dan Laos pada saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.
Baca Juga:
- Aksi Persahabatan Medan Kim Pan-Gon Uji Muka Baharu
- Delegasi Kemboja Ke Malaysia Belajar Cara Urus Liga Daripada MFL
- Malaysia vs Kemboja: Faisal Halim Cemerlang Bantu Harimau Malaya Catat Kemenangan
Harga tiket bagi tempat duduk Granstand dijual pada harga RM100 manakala tempat duduk Premium dijual pada harga RM70. FAM menetapkan harga bagi tempat duduk terbuka pada harga RM50 manakala bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dijual dengan harga RM10.
PENJUALAN TIKET AFF KINI DIBUKA!
Tiket bagi dua perlawanan Kumpulan B, skuad Harimau Malaya menentang Laos dan Singapura sudah mula dijual di https://t.co/yPVcBB3eyw
βΆοΈ Klik di sini untuk pembelian terus https://t.co/EB7H05hGIC#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/UnouOI7hoj
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 11, 2022
Senarai harga ini nyata sukar diterima oleh peminat bola sepak tanah air dimana pemerhatian Vocket FC di laman media sosial mendapati peminat menganggap harga tiket yang dijual FAM terlalu mahal.
Tak faham apa yang @FAM_Malaysia cuba lakukan. Tiket terbuka RM 50 bukanlah harga yang berbaloi untuk peringkat kumpulan Piala AFF ini
Tiket kelayakkan Piala Asia haritu lagi murah dan berbaloi untuk beli. At least buatlah bundle 2 game 60 Rmπ€·ββοΈ#SupportLocalFootball https://t.co/X0ZNb1enUp
— SLFM ke Piala Asia 2023 π²πΎβοΈ (@SLFMalaysia) December 11, 2022
Peminat menganggap harga tersebut tidak berbaloi bagi perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 dan ada yang mahu badan bola sepak negara itu menjual tiket bundle sama seperti ketika saingan peringkat kelayakan Piala Asia 2024 yang berlangsung pada Jun lalu.
Ada juga peminat yang mahu Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, YB Hannah Yeoh serta timbalannya, YB Adam Adli agar campur tangan dalam isu ini dimana peminat bukan sahaja perlu membayar tiket yang mahal, malah mereka juga perlu membayar tiket letak kereta yang sudah pasti melambung tinggi setiap kali ada perlawanan yang melibatkan pasukan negara di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Mahal sangat ni. Baru grouping. @hannahyeoh @AdamAdli tolong tengok jap. Sorry la. Parking pun kena paw rm 10 padahal parking kat skuasy centre. Kaw kaw kena paw ni π pic.twitter.com/JGvxblM5eZ
— Pijuddin (@apiszx) December 11, 2022
Untuk rekod, FAM menjual harga tiket pada saingan edisi 2018 lalu dengan harga RM30 bagi tempat duduk Granstand, RM20 bagi tempat duduk terbuka manakala tiket kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun berharga RM5.
Harga tiket AFF 2018. Banyak juga naik sebenarnya sejak kali terakhir turun stadium untuk AFF π pic.twitter.com/01XRSXLTtK
— Nizam π²πΎπ΅πΈ (@NizamArchibald) December 11, 2022
Baru-baru ini, pasukan negara di bawah bimbingan Kim Pan-gon menewaskan Kemboja dengan keputusan 4-1 dalam satu aksi persahabatan antarabangsa dan selepas ini Malaysia akan turun menentang Maldives bagi aksi persahabatan kedua pada 14 Disember 2022 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Seterusnya Kim Pan-gon akan menamakan senarai akhir 23 pemain yang dibawa ke Piala AFF 2022 yang mana bagi kempen Kumpulan B, Malaysia akan bertemu Myanmar di Yangon pada 21 Disember 2022, Laos di Bukit Jalil pada 24 Disember 2022, Vietnam di Hanoi pada 27 Disember 2022 dan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari 2023.