Pemain pemain Tottenham telah memutuskan untuk ganti balik tiket penyokong mereka yang bertandang ke tempat lawan minggu lalu.
Baca Juga:
- Newcastle vs Tottenham: Magpies Membantai Spurs 6-1
- Levy Akan Buat Apa Sahaja Halang Harry Kane Daripada Sertai Manchester United
- Aksi Everton vs Tottenham Dihentikan Seketika, Beri Laluan Untuk Pemain Berbuka Puasa
Ianya sebagai tanda permohonan maaf kepada penyokong yang bersusah payah meluangkan masa datang ke St James’ Park dan kemudian melihat pasukan mereka kalah 6-1 di tangan Newcastle.
Ianya bukanlah kekalahan yang benar benar mengejutkan, memandangkan Newcastle berada di dalam prestasi terbaik, namun cara mereka kalah itu adalah tidak boleh diterima.
Spurs ketinggalan 5-0 hanya dalam masa 21 minit perlawanan. Dan kemudian bolos lagi pada separuh masa kedua.
Kekalahan 6-1 itu membuatkan pengurus inter mereka Cristian Stellini turut kehilangan jawatannya. Kerana dianggap bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kekalahan memalukan itu.
Dalam kenyataan bersama pemain pemain Tottenham berkata mereka akan ganti balik harga tiket yang telah dibayar peminat mereka ketika aksi di St James’ Park.
Kenyataan itu berbunyi: “Sebagai satu skuad, kami mengerti kekecewaan dan kemarahan anda semua. Ianya tidak cukup bagus.”
“Kami tahu, kata kata sahaja tidak cukup untuk menggambarkan situasi seperti ini, namun percayalah kepada kami, kekalahan seperti ini benar benar menyakitkan.”
“Kami menghargai sokongan anda semua di tempat sendiri atau di tempat lawan. Dan dengan ini, kami mahu ganti balik wang penyokong yang digunakan untuk membayar harga tiket di St James’ Park.”
“Kami sedar tindakan ini tak akan mengubah apa yang telah berlaku pada Ahad. Namun kami akan memberikan segala galanya ketika berdepan Manchester United pada malam Khamis.”
“Dan sekali lagi kami menyatakan, sokongan kamu sangat bermakna buat kami.”
Bekas pemain Spurs, Ryan Mason sekali lagi menjadi interim. Dia pernah menjadi interim pada akhir akhir kempen 2020/21 selepas pemecatan Jose Mourinho.
All focus on Thursday 👊
🛵 @getir_UK pic.twitter.com/Ldn1joubc2
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) April 25, 2023
Spurs kini berada di tangga kelima dalam EPL. Dengan kekalahan pada hujung minggu lalu menyukarkan mereka untuk ke UCL musim hadapan.
Tetapi mereka sedar bahawa, meraih tangga keenam sudah cukup bagus untuk mereka beraksi di Liga Europa pada musim akan datang.