Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe menggesa para pemain untuk mengawal nafsu makan bagi memastikan mereka kekal cergas dan prestasi tidak terjejas ketika mengharungi cabaran pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022.

Ini kerana perlawanan pertama akan diadakan pada 6 Jun, lebih tepatnya pada hari raya Aidil Fitri kedua dan Chneg Hoe bimbang sekiranya pemain mengambil makanan seperti ketupat dan rendang secara berlebihan.

“Perlawanan itu tidak mudah, apatah lagi dalam suasana Ra­madan dan Hari Raya yang mana sudah menjadi kemestian buat setiap pemain menyambutnya bersama keluarga.

“Perkara seperti ini yang saya khuatiri akan mengganggu fokus pemain dan saya perlu berbincang dahulu sama ada mahu beri pelepasan kepada mereka atau tidak.

“Jika tidak, pemain perlu me­ngorbankan masa bersama keluar­ga,” katanya menurut laporan Utusan.

Tan-Cheng-Hoe
Sumber Gambar: FAM

Lawan Malaysia akan diketahui pada esok apabila undian diadakan di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil.

Setelah beraksi di laman sendiri, pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe akan bertandang ke tempat lawan pada 11 Jun.