Krisis yang berlaku di Afghanistan nyata memberi kesan terhadap ramai pihak termasuk bola sepak apabila baru-baru ini seorang pemain muda iaitu Zaki Anwari meninggal dunia setelah beliau jatuh ketika cuba menaiki pesawat tentera Amerika Syarikat.

Zaki yang berusia 19 tahun dilaporkan meninggal dunia ekoran dihimpit oleh tayar pesawat USAF Boeing C-17 sejurus berlepas dan cebisan badannya ditemui setelah pencarian dilakukan apabila pesawat itu mendarat.

Seperti puluhan ribu rakyat Afghanistan yang lain, Zaki mahu melepaskan diri daripada ditadbir oleh Taliban setelah kumpulan itu berjaya mengambil alih negara tersebut.

Konflik seperti ini merupakan satu perkara yang biasa di dunia serba moden namun bola sepak tidak sepatutnya terkesan oleh kejadian ini.

Tragedi yang menimpa Zaki mendapat liputan luas media antarabangsa dimana mereka mengucapkan takziah di atas pemergian pemain muda ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Perubahan Fizikal Shahrel Fikri Curi Tumpuan Peminat Bola Sepak Tempatan

Sikh Izhan Nazrel Tangguh ‘Trial’ Bersama CF Fuenlabrada

Stadium Antarabangsa Jakarta Gelanggang Baharu Skuad Kebangsaan Indonesia