Hari ini Sagan Tosu secara rasmi mengumumkan ketibaan pemain terbaru mereka dari Lebanon, Joan Oumari dari kelab gergasi UAE Al-Nasr SC.
Joan Oumari akan turun beraksi bersama-sama bintang bola sepak Sepanyol, Fernando Torres yang lebih awal menyertai kelab yang berpangkalan di Saga prefektur, Kyushu.
Menurut kemaskini di laman web rasmi Sagan Tosu, kontrak Joan Oumari bersama mereka bermula dari 25 Julai sehingga 31 Disember 2018 sahaja setakat ini.
🇱🇧JOAN OUMARI. @saganofficial17 pic.twitter.com/osXqm55asp
— Fa Lebanon | Lebanese Football Media & Stats (@FALebanon) August 2, 2018
Pemain pertahanan tengah yang berusia 29 tahun itu dilahirkan di Berlin, Jerman telah beraksi dengan beberapa kelab ternama dalam saingan Bundesliga 2 seperti PSV Frankfurt serta kelab divisyen 2 Turki, Sivasspor sebelum bermain untuk Al-Nasr selama 2 musim.
Selain itu, Joan Oumari juga muncul sebagai pemain dari Lebanon pertama yang mengikat kontrak bersama pasukan dalam saingan J.League sejak ia dilancarkan pada tahun 1993.
Sagan Tosu kini giat memperkasakan pasukan dengan menandatangani beberapa pemain yang mempunyai nama besar bagi mengembalikan prestasi terbaik mereka untuk kekal berada dalam saingan J1 League 2019.
Kedudukan semasa dalam saingan J1 League 2018, Sagan Tosu berada di tangga ke 17 liga, dengan kutipan 15 mata dari 19 perlawanan.
Joan Oumari dalam arena bola sepak antarabangsa mewakili Lebanon dan pernah tampil sebanyak 15 kali dengan sumbangan 2 gol.