Seorang peguam di Arab Saudi meminta mahkamah mengeluarkan perintah mengusir Cristiano Ronaldo daripada negara itu.
Ini gara gara kelakuan Ronaldo yang baru baru ini dianggap boleh merosakkan akhlak generasi muda yang menyaksikannya.
Ronaldo sudah tentunya merupakan pemain bola sepak paling popular di dunia. Dan sangat berpengaruh.
Dia menyertai Al Nassr selepas kontraknya dengan Manchester United ditamatkan oleh kelab itu kerana temuramah kontroversi dengan Piers Morgan.
Terbaru, dalam kekalahan Al Hilal baru baru ini Ronaldo terlibat dalam kontroversi melakukan aksi submission ala MMA ke atas pemain lawan.
Selepas tamat perlawanan dia telah diprovokasi dengan sorakan ‘Messi Messi’. Ronaldo telah memberikan respon dengan menggosok kemaluannya yang dianggap ditujukan kepada penyokong penyokong Al Hilal.
Insiden itu membuatkan peguam yang bertugas di pejabat guaman PBB, Nouf Bin Ahmed meminta agar kerajaan Arab Saudi menghukum Cristiano Ronaldo.
Antara hukuman yang dicadangkan adalah menghalau pemain itu daripada bumi Arab. Ini kerana kelakuan Ronaldo itu dianggap tidak boleh diterima di Arab Saudi.
Perbuatan itu dianggap melucah secara terbuka.
Lawyer Nouf Bint Ahmed will request that Cristiano Ronaldo be deported. The repercussion of the obscene gesture generated revolt in many people in Saudi Arabia.
🗞️ UOL https://t.co/2keo2z2lju
— VAR Tático (@vartatico) April 20, 2023
Ronaldo menerima €200 juta semusim di Al Nassr. Dia sebelum ini terlibat dalam pertikaman lidah dengan jurulatih Al Feiha ketika aksi seri tanpa jaringan.
Ronaldo mengutuk Al Feiha sebagai kelab yang tak mahu bermain bola dan cuma mahu parkir bas sahaja.