Pemain muda berbakat besar Barcelona, Pedri tanpa berselindung mengakui bahawa kelab tersebut kekurangan dalam pelbagai aspek dan tidak cukup bagus untuk meneruskan perjuangan dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Baca Juga:

Membawa masuk tujuh pemain pemain baharu, Barcelona bagaimanapun tersingkir ke persaingan Liga Europa selepas dua slot dalam kumpulan C menjadi milik Bayern Munich dan Inter Milan.

Lebih perit untuk ditelan pemain serta peminat Barcelona, ia merupakan musim kedua berturut-turut The Blaugrana terpaksa bermain dalam saingan tersebut.

Pedri Barcelona
Soccer Football – Champions League – Group C – FC Barcelona v Bayern Munich – Camp Nou, Barcelona, Spain – October 26, 2022 FC Barcelona’s Pedri reacts after Bayern Munich’s Eric Maxim Choupo-Moting scored their second goal REUTERS/Albert Gea

Keadaan itu disifatkan oleh Pedri sebagai satu perkara yang mengecewakan selepas Barcelona merekrut pemain-pemain berkualiti tinggi seperti Robert Lewandowski, Raphinha, Jules Kounde dan Franck Kessie.

“Sudah tentu, ia merupakan satu kegagalan,” ujar Pedri menurut sumber laporan Goal.

“Barca telah terkeluar daripada kumpulan dan kami tidak melakukannya dengan baik kerana kami memang tidak layak untuk meneruskan saingan dalam Liga Juara-Juara Eropah.”

“Kami adalah pasukan yang sangat muda dengan banyak ruang untuk penambahbaikan. Kami telah membeli pemain yang hebat tetapi ia masih belum cukup untuk kami bersaing dalam Liga Juara-Juara dan ia kekecewaan yang besar.”

“Kami masih kekurangan dalam banyak perkara tetapi perlu untuk mengkritik diri sendiri. Memang benar [perlawanan] di Munich kami layak untuk mendapat lebih, di Milan juga ada beberapa keadaan.”

“Tetapi selepas melihat apa yang berlaku hari ini [semalam], kami nampaknya memang belum bersedia untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara,” tambah Pedri lagi.

 

 

Sumber