Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal diperkuatkan oleh 15 anggota bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.
Selain menyerap anggota polis untuk beraksi bersama pasukan, The Cops turut menandatangani beberapa pemain senior seperti S.Veenod, R.Surendran, K.Satish, Asri Mardzuki dan seorang pemain muda, Dirga Surdi yang sebelum ini beraksi bersama kelab Liga M3, Puchong Fuerza.
Ketua jurulatih pasukan, Mohd Ishak Kunju Mohamed menegaskan beliau akan menilai tiga pemain import yang mana akan diturunkan pada perlawanan pra musim menentang Armed Forces FC, Johor Darul Ta’zim II dan Sarawak.
“Selepas menghadapi perlawanan pra musim, kita akan membuat senarai akhir mengenai pemain yang akan beraksi musim hadapan.
“Selepas barisan pemain diketahui, kita akan mula bekerja bagi membentuk gandingan yang baik antara mereka. Kehadiran beberapa pemain senior juga banyak membantu pasukan,” kata Ishak menurut laporan The Star.
Ishak menambah sasaran yang diletakkan oleh pihak pengurusan iaitu kekal dalam saingan Liga Super merupakan satu perkara yang wajar.
“The key performance indicator (KPI) yany ditetapkan pengurusan adalah wajar. Saya sedar dengan kemampuan pemain saya,” tambahnya.
Kali terakhir PDRM beraksi dalam saingan Liga Super ialah pada musim 2016 lalu.
Baca artikel lain mengenai pasukan PDRM di sini:
Melaka, PDRM Dan Kelantan Berdepan Risiko Terkeluar Dari Saingan Liga Jika Terus Ingkar
Liga Malaysia 2020: Ishak Kunju Dipilih Sebagai Ketua Jurulatih PDRM FA