Malaysia berjaya mencipta kemenangan besar ke atas Papua New Guinea dengan keputusan 10-0 dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu semalam.

Jaringan daripada Safawi Rasid, Paulo Josue, Faisal Halim, Arif Aiman dan Daniel Ting memberikan kemenangan bagi skuad Harimau Malaya sekaligus naik ke kedudukan 136 dalam ranking FIFA.

Akan tetapi, ada kejadian yang menarik perhatian peminat bola sepak tanah air dimana Papua meminjam ahli fisioterapi dari Terengganu iaitu Zulkifli Mohd Zain pada perlawanan semalam.

Papua New Guinea
Sumber Gambar: Twitter

Peminat pada mulanya menyangka ahli fisio Papua New Guinea meminjam beg dari Terengganu namun ada individu yang mendedahkan fisio tersebut merupakan pegawai rasmi pasukan Terengganu.

Perkara ini mendapat pujian dari peminat bola sepak tanah air dimana Zulkifli sanggup membantu pemain Papua ketika aksi menentang Malaysia.

Pemain negara akan kembali ke pangkuan masing-masing selepas tugasan antarabangsa dan ketua jurulatih, Kim Pan-gon akan memanggil semula pemain bagi menghadapi perlawanan pada jendela FIFA bulan September nanti.