Selepas kemenangan pertama Barcelona di Estadio de Anoeta sejak 2007, Jordi Alba menyatakan bahawa dia dan rakan sepasukannya akan terbunuh jika pasukan Catalan itu ketinggalan 19 mata di belakang Real Madrid dalam carta liga.

Jordi Alba ketika itu menyindiri Real Madrid yang ketinggalan 19 mata di belakang Barcelona. Lantas Jordi Alba menyatakan bahawa jurang sebesar itu tidak boleh diterima untuk kelab seperti Barcelona.

Dipetik dari Marca Jordi Alba ketika berkata: “Jika Madrid mendahului kami dengan 19 mata, di Barcelona mereka akan membunuh kami,” kata Alba selepas perlawanan.

“Sembilan belas mata adalah perbezaan yang besar, tetapi kita tidak boleh lupa bahawa Real Madrid akan bertarung sehingga ke garisan penamat.”

Agak ironi kerana pada ketika ini Barcelona pula berada 19 mata di belakang Real Madrid dalam carta La Liga.

Barcelona masih bergelut dengan pretasi mereka walaupun sudah memecat Ronald Koeman dan melantik legenda kelab, Xavi Hernandez sebagai pengurus baharu mereka.

Kejuaraan La Liga jelas sekali sudah jauh dari jangkauan. Kini Barcelona malah tersingkir ke Liga Europa buat pertama kali sejak 2003.

Xavi menyatakan bahawa ianya bukan tempat sepatutnya Barcelona berada namun terpaksa menerima hakikat bahawa kualiti semasa mereka adalah selayaknya beraksi di Europa League.

Xavi masih mencari formula untuk membentuk pasukan yang berasaskan tiki taka seperti mana yang beliau mahukan.

Dengan beberapa siri kecederaan melanda pemain utama dan kehilangan Lionel Messi pada musim ini, Barcelona bergelut dengan isu dalam dan luar padang.

Sumber