Ketua jurulatih PJ City FC, P.Maniam tidak menyangka pasukannya mampu menang dengan keputusan 3-0 ke atas Terengganu semalam dalam aksi Liga Super sambil menyifatkan hatrik daripada penyerang, Darren Lok terus meranapkan harapan lawan untuk bangkit.
Jelasnya, setiap pemain berhasil memainkan peranan masing-masing baik di bahagian tengah, pertahanan dan juga serangan untuk tidak memberi peluang kepada skuad kendalian Nafuzi Zain melakukan asakan.
Beliau juga seakan-akan masih tidak percaya pasukan mampu beraksi dengan cukup cemerlang untuk mendapatkan tiga gol di separuh masa pertama dan berusaha sehabis baik untuk memastikan gawang tidak dibolosi sehingga wisel penamat dibunyikan.
đź“ą HIGHLIGHTS: @pjcityfc 3-0 @FCTerengganu
Darren Lok muncul wira PJ City dengan meledak hatrik untuk menewaskan Terengganu FC.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/sr1wfktX41
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 6, 2022
“Ini satu keputusan yang saya sebagai jurulatih pun terkejut sebab 3-0 ini sesuatu yang sungguh ajaib dan pemain pun berada dalam landasan betul untuk mereka menunjukkan prestasi menakjubkan.
”Darren menjaringkan tiga gol di mana itu bantu kita untuk bermain dengan lebih yakin dan apabila separuh masa pertama dah dapat tiga gol, di separuh masa kedua kita dah boleh mengawal perlawanan dengan positif.
“Semestinya semua pemain terutamanya pertahanan bermain dengan bagus sebagai satu unit dan itulah sebabnya kita tidak dibolosi, jadi saya berbangga dengan pemain yang memberikan 200 peratus semasa bermain untuk bertahan.
“Kita layak untuk menang dan Terengganu tidak boleh bermain permainan mereka sebab kita bagi tekanan terutamanya daripada tiga penyerang iaitu Darren, Mahali Jasuli dan S. Kumaahran serta dua pemain tengah juga bekerja keras, jadi inilah sebabnya kita mampu menang”, kata P.Maniam.
Kemenangan ke atas Terengganu meletakkan PJ City di tangga ketiga dengan perolehan enam mata, tiga mata dibelakang Kedah Darul Aman dan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Bagi Darren Lok pula, beliau kini menduduki tangga kedua dalam carta penjaring terbanyak Liga Super musim 2022 dimana pemaim itu berkongsi jumlah jaringan dengan Caion dan Fernando Forestieri dengan tiga jaringan.
Bergson menduduki tangga pertama dimana beliau setakat ini telah menjaringkan lima gol dalam saingan liga.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Dua Pasukan Ini Bakal Jadi Lawan Harimau Malaya Pada Bulan Mei
Feichtenbeiner Akui Pemain Selangor Banyak Melakukan Kesilapan
Masalah Tunggakan Gaji Ganggu Fokus Melaka United Dalam Saingan Liga Super