Kekalahan 0-3 di tangan Man United membuatkan Nuno Espirito Santo berada dalam tekanan.
Sebelum perlawanan, Ole Gunnar Solskjaer yang lebih merasai tekanan dan mahu keluar daripada risiko pemecatan. Ini selepas Ole diberikan 3 perlawanan untuk menyelamatkan kariernya.
Dan agak ironi, Ole berjaya melakukannya, sehingga pengurus pasukan lawannya pula yang berisiko dipecat serta merta.
Matt Law melaporkan bahawa Nuno Espirito kini boleh dipecat pada bila bila masa. Terutama sekali jika beliau gagal mencatatkan keputusan yang memuaskan dalam aksi seterusnya.
Masa depan Nuno sudah dibincangkan oleh BOD pasukan selepas kekalahan pada Ahad.
Pengerusi kelab, Daniel Levy dilaporkan sangat marah dengan kekalahan itu dan beliau sudah memberikan isyarat kemarahan itu kepada Nuno.
Sumber Telegraph menyatakan bahawa, Nuno Espirito ibarat telur di hujug tanduk selepas 3 kekalahan di tangan Crystal Palace, Chelsea dan Arsenal sebelum ini.
Beliau kemudian menang ke atas Villa. Malangnya dalam aksi berdepan Vitesse, Spurs kalah lagi selepas memutuskan untuk menurunkan pemain pemain muda.
Man United menjadi pasukan terbaru meletakkan Nuno dalam bahaya. Di stadium para peminat Spurs bersorak: ‘you don’t know what you’re doing’ – ditujukan kepada Nuno selepas pengurus itu mengeluarkan Lucas Moura dan memasukkan Bergwijn.
Sebelum ini Levy pernah berjanji bahawa Nuno akan mengembalikan DNA bola sepak menyerang yang hilang ketika dipimpin Mourinho.
Malang sekali, hasilnya ketika ini sangat hambar. Spurs mencatatkan jumlah gol paling rendah selepas 10 perlawanan pertama sejak 2013/14.
Exclusive – Nuno could be sacked by Tottenham. Talks over his future happening today #thfc https://t.co/bsMP1BQeCx
— Matt Law (@Matt_Law_DT) October 31, 2021
Harry Kane terus hambar musim ini. Mungkin dia sudah hilang fokus selepas cuba untuk pindah dalam jendela perpindahan yang lalu.
Spurs sudah menyenaraikan beberapa calon termasuk Hansi Flick, Antonio Conte, Paulo Fonseca, yang dikatakan paling realistik ketika ini. Kerana Fonseca pernah setuju secara verbal untuk menjadi pengurus mereka sebelum ini.
Selain Fonseca, nama Gattuso juga dikaitkan dengan jawatan di Spurs.