Pemain pertahanan berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah dalam satu kemaskini di laman sosial Facebook beliau hari ini mendedahkan bahawa Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) hanya menabur janji manis untuk membayar gaji pemain-pemain skuad itu.
Menurut pemain yang dikenali sebagai Angah itu, FAP masih tidak mampu menjelaskan gaji beliau yang sudah mencecah 5 bulan setengah!
Beliau menyatakan bahawa mereka sudah hilang sabar dengan sikap sambil lewa FAP yang hanya berjanji untuk membayar dari seminggu ke seminggu namun tiada apa yang berlaku.
“Saya bukan nak kan publisiti dan saya bukan suka-suka nak malukan orang atau mengaibkn orangg. Tapi tahap kesabaran seseorang itu ada tahapnya”
“Saya dan rakan-rakan sepasukan sudah lama sabar dengan janji-janji manis FAP”
“Kami ada komitmen, kami ada keluarga. Sudah berbincang cara baik pun masih janji manis mulut saja”
“5 bulan setengah tak ada gaji! ”