Pemain tengah pasukan negara, Nor Azam Azih malaungkan keyakinan bahawa Malaysia mampu untuk memberikan cabaran sengit pada perlawanan persahabatan menentang Tajikistan malam ini.

Menurut Azam, pemain yang dibawa kali ini merupakan barisan terbaik yang dimiliki oleh pasukan negara dengan kombinasi pemain senior dan pemain muda.

Nor
Sumber Gambar: FAM

“Saya rasa sekarang bahagian tengah sangat baik sebab ada pemain baharu dan lama seperti Baddrol Bakhtiar, Brendan Gan dan Afiq Fazail.

“Saya rasa kelompok pemain kali ini adalah pilihan terbaik. Saya harap permainan akan lebih meningkat terutama apabila kita lawan Thailand nanti,” katanya pada sidang media praperlawanan, semalam.

Nor Azam Azih tidak dapat diturunkan pada perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam bulan lalu kerana mengalami kecederaan.

Nor
Afiq Fazail
Sumber Gambar: JST

Kini, dengan kembalinya pemain tengah Pahang ini, beliau dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan di samping Brendan Gan dan seorang lagi pemain, Afiq Fazail.

Pada masa yang sama, Azam berharap pasukan negara meraih kemenangan bagi memastikan pasukan berada dalam keadaan sedia menjelang perlawanan menentang Thailand dan Indonesia.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan di sini:

Tiga Pemain Negara Tersenarai Dalam Best XI Piala AFF Suzuki 2018

Malaysia Berpeluang Untuk Menambah 3 Mata FIFA Ranking Sekiranya Menang Keatas Pasukan Tajikistan

Perlawanan Persahabatan: Tajikistan Hadapi Malaysia Tanpa Tiga Tonggak Utama