Berdasarkan satu artikel dalam portal sukan tersohor Jepun, SoccerKing ada menyebut bahawa J.League sememangnya mahu membawa pemain bintang mereka iaitu Nguyen Quang Hai untuk beraksi dalam saingan bola sepak di negera matahari terbit itu.
Ia merupakan salah satu dari langkah dalam J.League Asian Strategy untuk mengangkat nama pemain-pemain dari Asia selari dengan misi mereka untuk muncul sebagai sebuah liga paling hebat di benua ini.
“Quang Hai tidak dapat ke Jepun walaupun banyak kelab bola sepak bersedia untuk membawa beliau beraksi.”
Pegawai Pemasaran Antarabangsa J.League juga menyatakan sebab mengenai kenapa perkara ini banyak menghantui pasukan dari Asia Tenggara terutamanya.
“Banyak pasukan dari Asia Tenggara bergantung kepada kekuatan kewangan pemilik. Mereka terpaksa berdepan dengan persoalan utama ‘Kenapa kami patut lepaskan pemain utama ke luar negara?’, dan Thailand banyak telah mengubah mindset mereka dan menghantar pemain bintang mereka ke Jepun untuk berkembang lebih baik.”
Menurut beliau lagi, Thailand adalah ‘pasaran’ nombor 1 bagi kelab J.League manakala Vietnam pula adalah pasaran nombor 2 berdasarkan faktor growth liga itu sendiri yang diambil kira oleh mereka.
“Kami memang mahu membawa pemain dari Vietnam untuk beraksi di Jepun. Tahap pemain dari Vietnam tidak jauh berbeza dengan Thailand.”
“Pada Oktober 2019, kami membawa rombongan 15 orang wakil kelab J.League ke Vietnam untuk mereka rasai sendiri bagaimana passion peminat bola sepak disana dan seterusnya membawa mereka masuk dalam pasaran Asia Tenggara.”
Beliau menjelaskan lagi bahawa adalah penting untuk pemain memiliki mindset ‘perlu berjaya di Jepun’ seperti yang ada pada Chanathip. Kejayaan yang dicapai Thailand bukanlah satu-satunya sasaran yang ingin capai dan beliau menyatakan bahawa tidak mudah untuk sesuatu perpindahan itu berlaku.
“Tetapi jika pemain itu mempunyai peranan penting dalam pasukan, pastinya akan meningkatkan minat serta daya tarikan penyokong kelab J.League juga akan bertambah.”
J.League juga menunjukkan data dimana minat terhadap saingan domestik negara itu di Thailand telah meningkat 30% dalam tempoh 5 tahun terkini dan angka itu dijangka akan meningkat lebih tinggi dalam masa terdekat.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
‘Seller’ Shopee Jual Jersi Portimonense SC RM627 Sehelai Jadi Bualan Peminat Bola Sepak Tempatan