Negeri Sembilan kembali bergelar pendahulu Liga Premier dengan perbezaan satu mata mengatasi Terengganu II selepas meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM Shah Alam.

Jaringan Alain Akono pada minit-11 dan dan Zaquan Adha, pada minit-55 membantu Negeri Sembilan meraih kemenangan berharga di laman lawan biarpun Skuad Projek FAM-MSN berjaya merapatkan jurang melalui Azhad Harraz Arman pada minit-67 namun itu tidak menghalang pelawat untuk membawa pulang tiga mata penuh.

Biarpun begitu, pengendali NSFC, K.Devan masih belum berpuas hati sepenuhnya dengan prestasi ditampilkan pemain di bahagian serangan yang disifatkannya sedikit tumpul dalam menyudahkan peluang yang terhidang.

K.Devan
Sumber Gambar: Negeri Sembilan FC

“Perlawanan hari ini kita dapat mendapat tiga mata cuma di separuh masa pertama, kami menguasai sebahagian besar serta menghasilkan banyak peluang untuk menjaringkan gol.

“Namun, kita hanya jaringkan satu gol sahaja menerusi sepakan penalti dan saya rasa banyak peluang kita sia-siakan di babak pertama.

“Di babak kedua, kita berjaya mendapatkan gol kedua melalui ketua pasukan, Zaquan Adha dan selepas itu rentak kita mula dilihat kurang baik sehingga kita membuat kesilapan yang buka ruang kepada pihak lawan menjaringkan gol.

“Saya nampak dalam 20 minit terakhir dalam kalangan pemain dan saya tidak berpuas hati dengan prestasi penyerang kita kerana banyak peluang mereka tidak gunakan, jadi kita akan memperbaiki kelemahan untuk perlawanan akan datang,” kata K.Devan

Biarpun berjaya memintas Terengganu FC II namun skuad kendalian Badrul Afzan Razali itu mempunyai kelebihan satu perlawanan ke atas NSFC serta berpeluang bergelar pendahulu pada jika mampu menang berdepan PDRM pada Ahad ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Sumareh Dan Haikal Diumumkan Sebagai Wakil JDT Dalam Champions eFootball PES 2021

Nafuzi Anggap Bahagian Tengah Mainkan Peranan Penting Bagi Terengganu

Brendan Gan Ucap Terima Kasih, Berazam Mahu Segera Kembali Beraksi