Ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain mengakui Kuching City tampil dengan lebih baik berbanding pasukannya pada aksi suku akhir pertama saingan Piala Cabaran 2023 di Kuching baru-baru ini.
Baca Juga:
- Pemain Kedah Dapat Bonus Selepas Seri Menentang JDT
- TMJ Kongsi Keadaan Terkini Padang SNBJ
- Ini Komen TMJ Selepas Kedah Ikat JDT 3-3
Kedah tewas tipis dengan keputusan 1-0 dan perkara ini dianggap mengejutkan kerana kelab dari utara tanah air itu dianggap sebagai pilihan untuk memenangi saingan musim ini.
Selepas perlawanan, Nafuzi mengakui yang pasukan lawan tampil lebih baik berbanding anak-anak buahnya dan memuji semangat juang yang ditampilkan.
“Tahniah untuk Kuching City. Dari segi permainan, mereka beraksi dengan agak baik. Mereka mempunyai semangat dan motivasi yang tinggi pada perlawanan tadi (semalam). Kita menampilkan permainan yang agak perlahan. Pada separuh masa kedua, kita tampil dengan lebih baik.
“Kita tewas dengan satu jaringan dan masih ada 90 minit lagi di Darul Aman dan saya harap pemain akan memanfaatkan kelebihan beraksi di tempat sendiri.
“Tiga minggu kita tidak mempunyai sebarang perlawanan. Jadi tempo pemain agak perlahan. Pemain lawan pula lebih bersemangat dari segi memenangi bola dan juga work rate mereka dan ini memberi kesukaran kepada kami. Tahniah saya ucapkan kepada Kuching,” kata Nafuzi Zain dalam sidang media selepas perlawanan.
Kuching yang dibimbing oleh bekas pengendali Kedah iaitu Aidil Sharin menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-84 menerusi Abu Kamara dimana beliau merembat masuk setelah menerima hantaran dari sebelah kanan.
Sebelumnya, Kuching memiliki beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun Abu serta Petrus Shitembi gagal untuk menyempurnakan pelunag terhidang.
Perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Darul Aman pada 4 Oktober nanti.