Mykhailo Mudryk nampaknya tidak gembira dengan rating beliau dalam permainan video EAFC yang baharu. Pemain penyerang sayap Chelsea itu merasakan dia jauh lebih baik daripada butiran yang dibuat oleh EAFC.

Baca Juga:

EAFC merupakan permainan video hasil penjenamaan semula daripada permainan FIFA sebelum ini. EA menamatkan kerjasama dengan FIFA selepas banyak perbalahan tentang bayaran dan sebagainya.

FIFA dikatakan meminta bayaran terlalu tinggi untuk perlesenan pasukan dan pemain.

Bermula tahun ini, EA menggantikan permainan FIFA dengan nama EAFC.

Seperti biasa, para pemain akan diberitahu tentang kad mereka. Dan bintang €100 juta Chelsea, Mykhailo Mudryk jelas terkejut dan tak gembira apabila cuma diberikan rating 75.

Dia diletakkan posisi sayap kiri dengan statistik asas:

Kelajuan: 90

Penyudah: 66

Hantaran: 68

Gelecekan: 79

Pertahanan: 44

Fizikal: 58

Mudryk tidak gembira langsung dengan rating EAFC beliau dan menyatakan: “Semuanya adalah tidak betul daripada EA. Jujur saya cakap saya tidak sukakannya.”

Ketika ditanya, mana satu yang dia rasa tak betul, Mudryk menjawab: “Segalanya adalah tak betul.”

Sejak menyertai Chelsea, Mudryk masih bergelut untuk menjadi pemain elit dalam bola sepak Eropah. Dia sebelum ini dianggap prospek luar biasa yang menjadi rebutan banyak kelab.

Sebelum menyertai Chelsea, dia pernah mendesak untuk menyertai Arsenal dan beberapa kali memuat naik di Instagram gambar dia menyaksikan perlawanan Arsenal sebagai menyindir kelabnya pada masa itu.

Namun Mudryk kemudian memilih untuk menyertai Chelsea yang datang untuk memintas rundingannya dengan Arsenal.