Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mahu pasukan negara untuk meraih kemenangan ke atas Vietnam sekaligus membalas dendam tewas pada perlawanan akhir kedua saingan Piala AFF Suzuki tahun lalu.

Menurut Datuk Hamidin, perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada malam esok menjadi medan terbaik bukan sahaja untuk misi membalas dendam tetapu juga memperbaiki kedudukan dalam carta kumpulan G.

Misi
Sumber Gambar: FAM

“Saya sudah menemui pemain dan menyatakan kepada mereka bahawa kita perlu menang perlawanan menentang Vietnam bagi memastikan misi untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 terus berada pada landasan yang betul.

“Dengan skuad terbaik yang kita ada ini, saya berkeyakinan tinggi Harimau Malaya membawa pulang tiga mata penuh dan sudah tentu ia akan dapat juga memperbaiki kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Misi
Sumber Gambar: Foxsport Asia

Pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki tahun lalu, pasukan negara tewas dengan keputusan 1-0 (2-3 secara agregat) sekaligus terlepas peluang untuk menjulang trofi buat kali kedua selepas kali pertama memenanginya pada edisi 2010 lalu.

Ketika ini, pasukan negara menghuni tangga ketiga dibelakang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Thailand dalam carta kumpulan G dan kemenangan sudah pasti akan melonjakkan kedudukan Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan negara di sini:

Norshahrul Percaya Malaysia Mampu Bawa Pulang Keputusan Positif

Purata Umur Skuad Malaysia 25.65 Tahun, Senarai Akhir 23 Pemain Untuk Bawa Pulang 3 Mata Dari Hanoi