Bekas pengendali pasukan Selangor, Michael Feichtenbeiner resmi dilantik sebagai ketua jurulatih baharu skuad B-23 dan juga pasukan senior Myanmar.
Baca Juga:
- Aksi Menentang Kuala Lumpur City Jadi Penentu Nasib Michael Feichtenbeiner
- Selangor vs Kelantan United: Tandukan Yazan Al Arab Hadiahkan Tiga Mata
- Jersi Terengganu Dan Selangor Dapat Perhatian ‘Collector’ Terkenal Dunia
Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football dimana Persekutuan Bola Sepak Myanmar (MFF) menawarkan kontrak selama dua tahun kepada Michael untuk mengendalikan pasukan senior dan B-23 tahun.
🔥 NEW HEAD COACH OF MYANMAR NATIONAL TEAM 🇲🇲
🇩🇪 German coach, Michael Feichtenbeiner (1960) has reported to become the new head coach of the Myanmar national team and U23 in 2 years contract.
He was appointed as head coach of Germany under-15 national football team in 2016. pic.twitter.com/UNvMiyzJ1X
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) February 28, 2023
“Dengan menyertai Myanmar, saya telah memenuhi impian peribadi saya. Saya berpendapat bagus juga untuk mengendalikan pasukan kebangsaan. Saya berterima kasih kepada MFF atas kepercayaan yang mereka berikan kepada saya.
“Hein Htet Aung merupakan pemain Myanmar yang ketika ini beraksi bersama Selangor di saingan Liga Malaysia. Saya telah menangani secara intensif perkembangan bola sepak di Myanmar pada masa lalu. Saya sangat menantikan tugas baharu ini kerana kami mendapat peluang untuk menambah baik struktur sedia ada di sini atau untuk mencipta perkara baharu di tempat baharu,” kata Michael.
Musim lalu, Michael Feichtenbeiner mengendalikan Selangor dimana beliau mengambil alih dari Karsten Neitzel yang gagal memberikan sebarang kejuaraan bagi skuad Gergasi Merah pada 2021.
Namun, tragedi itu berulang pada musim 2022 ketika Michael memegang kawatan ketua jurulatih dimana Selangor hanya menduduki kelompok pertengahan liga selain bergelut untuk menyimpan cleen sheets.
Pada bulan September, pengurusan pasukan mengambil keputusan untuk menggantikan Michael dengan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan perubahan tersebut membuahkan hasil apabila Selangor mula menampilkan corak permainan jauh lebih menarik berbanding sebelumnya.
Selangor menamatkan saingan Liga Super di tangga kelima dan Cheng Hoe berjaya membimbing pasukan itu mara ke perlawanan akhir saingan Piala Malaysia dimana mereka tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 2-1.