Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC) hari ini telah memperkenalkan kit jersi ketiga pasukan yang berwarna biru berjalur bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut info rasmi, rekaan jersi tersebut mengambil inspirasi daripada selat Melaka yang merupakan salah satu jalur pelayaran terpenting di dunia. Grafik tersebut turut menunjukkan Selat Melaka membentuk jalur pelayaran terusan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

168726809_166400782009317_3664916448363656129_n
FOTO: Melaka United

Lebih menarik, bulatan yang terbentuk pada jersi tersebut menggambarkan perpaduan yang kukuh dan komited di kalangan komuniti dengan menitikberatkan semangat bekerjasama.

Selain daripada itu, warna biru menjadi pilihan kerana dikatakan dapat merangsang individu berkomunikasi.

Berdasarkan cara pandang ilmu psikologi warna biru tua mampu merangsang pemikiran yang positif dan biru muda dapat membantu meningkatkan tahap komunikasi disamping konsentrasi dalam pasukan Melaka United.

168604469_166326168683445_2708692682800438007_n
FOTO: Melaka United

Peminat Melaka United boleh mendapatkan jersi tersebut di beberapa cawangan Al-Ikhsan Sports yang terpilih dan juga butik Football Republic bermula pada hari Jumaat ini, 9 April 2021.

Jersi tersebut diperbuat dengan menggunakan fabrik polyster mikrofiber berprestasi tinggi dengan penerapan teknologi Smart Dry yang berfungsi meresap peluh agar memberikan keselesaan pada pemain apabila peluh cepat keluar.

AL dijangka mengekalkan teras DNA iaitu kualiti premium pada harga mampu milik iaitu cuma RM99 sahaja.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Sabah Tekad Lakar Sejarah Kalahkan JDT Malam Ini

Perak Hadapi Masalah Tunggakan Gaji?

MFL Umum Pindaan Jadual Liga Malaysia, 5 Perlawanan Bagi Setiap Pasukan MSL Dalam Bulan Ramadan 2021

Peningkatan Kos Operasi Punca Harga Tiket Selangor Naik Mendadak