Pasukan Melaka United meneruskan shopping spree mereka apabila menandatangani khidmat dua lagi pemain bagi memperkuatkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan, skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu menandatangani bekas pemain Pahang dan Terengganu FC, Ahmad Syamim Yahya bagi mengukuhkan barisan tengah.
Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) dengan ini mengucapkan selamat datang kepada pemain baharu Melaka United, Ahmad Syamim Yahya yang sah bakal menyarung jersi Skuad Hang Tuah bagi musim 2020.#MUSA2020#DemiKebanggaanMelaka pic.twitter.com/mowjuc5USy
— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) December 3, 2019
Syamim menyertai TFC pada musim 2019 setelah membantu Felda United muncul juara Liga Perdana pada musim 2018. Akan tetapi, jodoh Syamim bersama TFC hanya semusim sahaja apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak beliau bagi menghadapi saingan musim 2020.
Setelah dikaitkan dengan beberapa pasukan, Melaka United akhirnya menjadi pilihan pemain berusia 29 tahun itu dan beliau dilihat bakal bergandingan bersama bekas ketua pasukan skuad kebangsaan, Safiq Rahim di bahagian tengah.
Selain mengumumkan kedatangan Syamim Yahya, Melaka turut menandatangani pemain pertahanan Petaling Jaya City FC, Aizulridzwan Razali.
Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) dengan ini turut mengucapkan selamat datang buat pemain baharu Melaka United, Mohd Aizulridzwan Razali yang sah bakal menyarung jersi Skuad Hang Tuah musim depan.#MUSA2020#DemiKebanggaanMelaka pic.twitter.com/7UYvmiYI9w
— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) December 3, 2019
Setakat ini, Melaka telah menandatangani seramai 13 pemain baharu menjelang saingan musim hadapan.
Baca artikel lain mengenai pasukan Melaka United di sini:
Melaka United Semakin Rancak Tandatangani Pemain Menjelang Musim 2020
Romel Morales Sah Beraksi Bersama Melaka United Musim Hadapan
Melaka United Sambar Khidmat Penyerang Skuad Kebangsaan Jamaica