Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) sedia untuk memberi peluang kedua kepada calon pemain import pasukan, Amido Balde bagi menampilkan prestasi sebenar yang dimiliki.
Balde diturunkan pada perlawanan satu persahabatan dimana beliau berjaya menjaringkan dua gol. Namun, pihak pengurusan masih kurang berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh bekas pemain Persebaya Surabaya itu.
“Sebaik sampai dia terus diuji .Faktor keserasian dan memahami corak permainan rakan sepasukan juga perlu diambil kira.
“Kami memberinya peluang menjalani latihan bersama barisan pelatih dan menyertai satu lagi aksi persahabatan untuk memantapkan persembahannya,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Damien Yeo menurut laporan Harian Metro.
MUSA terpaksa mencari alternatif lain selepas penyerang dari Jamaica, Deshorn Brown lebih memilih untuk beraksi di Liga India meskipun telah mencapai kata sepakat dengan badan induk itu.
Jika Amido Balde berjaya tampil cemerlang dalam perlawanan persahabatan dan seterusnya mendapat kontrak, beliau akan bergandingan dengan seorang lagi penyerang import, Uche Agba yang mana musim lalu menyarung jersi PDRM FA.
Dua lagi slot pemain import Melaka United diisi oleh Romel Morales Ramirez dan Jang Suk-won. Juara Liga Perdana musim 2016 itu memilih untuk tidak mengisi kuota pemain import Asean.
Baca artikel lain mengenai pasukan Melaka United di sini:
Bekas Pemain Melaka United Gesa Pengurusan Untuk Selesaikan Tunggakan Gaji
Razman Roslan Percaya Melaka United Mampu Cabar Johor Darul Ta’zim