Salah sebuah media antarabangsa ternama menganggap gol pemain sayap negara, Safawi Rasid ke gawang Solomon Islands layak untuk dimasukkan dalam Anugerah Puskas.
Baca Juga:
- Malaysia vs Solomon Islands: Safawi Rasid Hadiahkan Gol Kepada Isteri
- Peminat Indonesia Pelawa Safawi Rasid Beraksi Di Liga 1
- Safawi Rasid Tinggalkan Ratchaburi
Media tersebut ialah Bleacher Report dimana mereka kagum dengan jaringan yang dicipta oleh Safawi pada perlawanan semalam dan berpendapat jaringan itu layak untuk dijadikan sebagai salah satu calon untuk Anugerah Puskas.
Pemain berusia 26 tahun itu memanfaatkan peluang dengan sebaik mungkin dimana beliau melakukan kawalan bola yang sangat baik dan membuat rembatan dengan kaki kiri sekaligus menjaringkan gol ketiga negara.
Safawi menghadiahkan jaringan tersebut untuk isterinya yang kini sedang mengandung enam bulan dan itu adalah sebab utama beliau meraikan jaringan tersebut dengan memasukkan bola ke dalam baju pada perlawanan semalam.
“Itu (gol) tadi hadiah untuk isteri saya. Jadi doakan agar kami semua selamat. Usia kandungan sudah memasuki enam bulan,” kata Safawi menurut perkongsian Shoot.
Pemain Malaysia bukanlah asing dengan Anugerah Puskas dimana ada pemain yang pernah memenangi anugerah tersebut.
Faiz Subri menjadi pemain Malaysia pertama yang memenangi Anugerah Puskas pada 2016 menerusi jaringan melawan hukum fizik yang dilakukannya ketika aksi Liga Super menentang Sri Pahang.
Sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar permohonan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), tidak mustahil Safawi mengikut jejak langkah Faiz Subri.