Ronaldo masih tidak melapor diri ke kem pra musim Manchester United. Sebelum ini Ronaldo sudah diminta melapor diri pada Isnin lalu. Namun pemain itu meminta pelepasan khas kerana ada isu keluarga.
Dia kemudian menambah lagi cuti khas itu dan kelab memberikannya.
Semuanya berlaku ketika spekulasi bertiup kencang menyatakan bahawa pemain itu mahu angkat kaki dari Manchester United.
Ronaldo sudah menghantar transfer request untuk meninggalkan Manchester United.
Terbaru, Cristiano Ronaldo tidak akan turut serta dalam jelajah pra musim pertama mereka kali ini ke Asia. Destinasi pertama adalah di Thailand.
Di mana Manchester United akan berhadapan dengan Liverpool pada 12 Julai ini sebelum berlepas ke Australia.
Jurgen Klopp bakal menjadi yang pertama menguji kemampuan pengurus baharu, Erik ten Hag. Bersedialah untuk Perlawanan Pra-musim @ManUtd vs @LFC
Saksikan SECARA LANGSUNG di @tv9malaysia! Anda boleh strim menerusi Tonton, Astro saluran 149 atau myFreeview saluran 109! pic.twitter.com/b0xYonM4Rk
— VOCKET FC (@vocketfc) July 6, 2022
Beliau menyatakan bahawa masih lagi perlu menyelesaikan urusan keluarganya.
Cristiano Ronaldo menjadi pemain yang dikaitkan dengan beberapa kelab lain seperti Chelsea, Bayern Munich, Napoli dan AS Roma.
Namun buat masa ini Manchester United masih berpegang teguh kepada pendirian mereka bahawa CR7 bukan untuk dijual.
Manchester United bergelut untuk meyakinkan Ronaldo tentang projek baharu kelab mereka. Di mana pemain itu dikatakan kurang yakin dengan cita cita kelab dalam memburu piala besar seperti EPL atau UCL di masa akan datang.
Selain itu, polisi pengurangan gaji 25% melibatkan semua pemain kerana kelab gagal ke UCL juga dikatakan antara punca Ronaldo kurang berpuas hati.
Apabila dia menandatangani perjanjian dengan kelab di Old Trafford itu, pemenang Ballon d’Or lima kali itu bersetuju dengan kontrak £480,000 seminggu dengan kelab itu tetapi musim ini, dia akan hanya akan memperoleh gaji £360,000 ketika United bermain di Liga Europa.
United’s slow transfer market and salary cut from not finishing top four are the key issues driving Ronaldo’s desire to leave #mufc https://t.co/8U8Riu8gga
— Samuel Luckhurst (@samuelluckhurst) July 5, 2022
Ronaldo percaya dia mempunyai ‘tiga atau empat tahun’ lagi di peringkat tertinggi, tetapi sumber bilik persalinan masih percaya dia akan kekal di kelab itu, kata Manchester Evening News.