Man City berjaya tewaskan Arsenal dalam aksi penting minggu ini dalam Liga Perdana Inggeris.
Baca Juga:
- Arsenal Tekad Pamer Aksi Sempurna Berdepan Manchester City
- Disingkirkan City, Tuchel Hentam Kualiti Padang Dan Pengadil Gred E
- Man City vs Bayern: Skuad Guardiola Menang Mudah
4 – Arsenal are the first side to go four consecutive Premier League games winless while starting the day top for each match since Arsenal themselves in March 2008. Gloomy. pic.twitter.com/lbTGoZUdIJ
— OptaJoe (@OptaJoe) April 26, 2023
Manchester City melayan kunjungan Arsenal dalam aksi EPL yang berpotensi menentukan siapakah juara akhir musim ini.
Arsenal perlu menggunakan kesempatan ini untuk melebarkan jurang mata sekali lagi. Sebelum sepak mula, Arsenal 5 mata di atas Man City.
Namun skuad Cityzens itu ada 2 perlawanan kurang berbanding The Gunners.
Bertempat di Etihad, Man City melakukan serangan awal. Dan mendapat gol awal daripada Kevin De Bruyne yang merembat deras menewaskan Aaron Ramsdale pada minit ke-7.
Arsenal cuba memberikan respon menerusi serangan pantas, di mana Martinelli mengatasi perangkap ofsaid dan melorongkan kepada Saka yang menghantar rendah ke dalam kawasan gol. Namun tiada pemain meyambutnya.
Man City terus dominan. Pada minit ke-26, Kevin De Bruyne hampir menambah gol lagi. Malangnya percubaan jarak dekat De Bruyne dihadang Rob Holding.
Tidak lama kemudian Aaron Ramsdale menafikan percubaan bahaya Erling Haaland.
Pada masa kecederaan sebelum rehat, John Stones menanduk masuk bola daripada situasi bola mati.
VAR digunakan untuk mengesahkan gol tersebut, dan disahkan bahawa Stones onside. Man City masuk ke bilik persalinan dengan mendahului Arsenal 2-0.
Pada separuh masa kedua, Arsenal cuba memperbaiki rentak permainan mereka.
Erling Haaland terus dihantui dengan masalah penyudah.
Tetapi pada minit ke-54, Kevin De Bruyne menambah 1 lagi gol peribadi dan gol ketiga untuk Man City dalam perlawanan ini.
De Bruyne meleretkan kemas bola melepasi jangkauan Aaron Ramsdale.
Arsenal terus bergelut dalam usaha mereka cuba mencari gol. Di mana selepas 75 minit aksi, mereka cuma ada 1 percubaan tepat sahaja.
Pada minit ke-86, berpunca daripada gerakan kemas keming oleh Trossard, pemain itu menolak mudah bola kepada Rob Holding.
Bintang Arsenal itu kemudian merembat masuk untuk menjadikan kedudukan 3-1.
📸 Manchester City 3-1 Arsenal. Rob Holding ⚽️ pic.twitter.com/EdgqG1ce8D
— Football Talk (@FootballTalkHQ) April 26, 2023
Namun pada masa kecederaan sebelum tamat, Man City mencetak gol keempat menerusi penyerang sensasi Erling Braut Haaland.
Itulah gol terakhir dan percubaan terakhir dalam perlawanan ini. Dengan Man City mengesahkan kemenangan 4-1 ke atas pesaing kejuaraan.
Man City mengurangkan jurang mata kepada hanya 2 mata sahaja. Namun mereka masih ada dua perlawanan di dalam tangan.
Heads up and onto the next. pic.twitter.com/59uaIyn0DQ
— Arsenal (@Arsenal) April 26, 2023