Malaysia sah akan berdepan China dan Syria pada aksi antarabangsa September ini. Ia akan menjadi ujian yang sangat besar buat Malaysia.

Baca Juga:

Sebelum ini FAM sudah mengesahkan bahawa Malaysia akan berhadapan dengan China.

Namun masih berteka teki tentang lawan kedua yang akan dihadapi Malaysia. Pada mulanya FAM merancang untuk mengadakan aksi menentang Taiwan.

Tetapi ternyata ianya bukan aksi menentang Taiwan.

Aksi menentang China pada September ini pastinya akan menjadi perhatian. Memandangkan pasukan itu berada di kedudukan ke-80 dalam ranking dunia FIFA ketika artikel ini ditulis.

Skuad China kini dibimbing oleh Aleksandar Jankovic. Mereka berusaha untuk mendaki semula ranking FIFA mereka. Setelah terjatuh beberapa anak tangga.

Sementara itu Malaysia berada di ranking ke-137 dunia pada ketika artikel ini dihasilkan. Malaysia terus berusaha memperbaiki ranking di peringkat antarabangsa.

Seterusnya, Syria juga bukan lawan yang mudah untuk Malaysia.

Di mana Syria kini berada di ranking ke-94 dunia. Bermakna Malaysia akan berdepan 2 pasukan di ranking 100 teratas dunia iaitu Syria dan China.

Peminat Malaysia rata rata berpuas hati dengan kejayaan FAM untuk mencari lawan berkualiti bagi menentang Harimau Malaya, dalam usaha untuk memperbaiki prestasi menjelang Piala Asia.

Kim Pan Gon telah banyak mengubah gaya permainan pasukan Malaysia. Beliau juga berjaya membentuk pasukan yang berkeyakinan tinggi.

Jurulatih asal Korea Selatan itu mungkin akan berhadapan dengan cabaran sebenar beliau yang pertama sejak mengambil alih Harimau Malaya pada aksi antarabangsa yang akan datang.

Jadi apakah harapan anda untuk dua aksi yang akan datang? Apa yang anda jangkakan akan cuba dilakukan Kim Pan Gon? Kongsikan pandangan anda dengan kami.