Malaysia bakal bertemu pasukan Solomon Islands dan Yemen pada perlawanan persahabatan antarabangsa ketika jendela FIFA pada Jun nanti.
Baca Juga:
- Malaysia vs Hong Kong: Faisal Halim Teruja Dapat Jaringkan Gol
- Peminat Hong Kong Sukar Terima Kekalahan, ‘Kami Tewas Tetapi Malaysia Hilang Kapal Terbang’
- Analisis: Hong Kong Tak Ada Idea Tentang ‘High Pressing’ Malaysia
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana perlawanan menentang dua pasukan itu bakal berlangsung di Malaysia tetapi belum muktamad mengenai stadium yang bakal digunakan.
Next Solomon Islands & Yemen! 🇸🇧🇾🇪Persiapan skuad negara ke Piala Asia 2023 akan diteruskan dengan dua lagi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 dalam kalendar FIFA pada Jun nanti. Venue belum comfirm tapi yang pasti kat Malaysia!
📸 @FAM_Malaysia pic.twitter.com/4DSgTKhMFF
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 29, 2023
Pada jendela FIFA bulan ini, pasukan negara bimbingan Kim Pan-gon berjaya mencatat dua kemenangan ketika berdepan Turkmenistan dan Hong Kong sekaligus memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA.
Skuad kendalian Kim Pan-gon itu menewaskan Turkmenistan (ranking 135) 1-0 pada 23 Mac lepas hasil jaringan tunggal Akhyar Rashid pada minit ke 28.
Berdasarkan perkongsian daripada laman sesawang Footy Rankings, keputusan tersebut sekaligus memberikan tambahan mata sebanyak 5.27 dalam ranking FIFA sekaligus naik ke tangga 139 dunia dengan jumlah 1077.29 mata.
Perubahan kedudukan ranking itu berlaku selepas Mexico menewaskan Suriname (ranking 139) 2-0 dalam saingan Liga Negara CONCACAF pada 24 mac.
Pada perlawanan kedua, Harimau Malaya mengutip sebanyak 4.84 mata hasil kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong (ranking 146) sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1083.13 mata.
Dengan jumlah itu, Harimau Malaya dijangka naik 4 anak tangga ke kedudukan ranking 138 dunia mengatasi negara seperti Ethiopia, Suriname, Burundi dan Eswatini.
FIFA Rankings update March 2023 for several countries which are requested by followers. Sorry for wrong calculation yesterday due to human error. Please find the corrected points below, thanks pic.twitter.com/9YvV4SgdNY
— Footy Rankings (@FootyRankings) March 29, 2023
Kali terakhir Malaysia masuk dalam kelompok 130-139 dunia adalah pada Ogos 2010. Kedudukan ini boleh berubah sekiranya Malaysia konsisten mencatat kemenangan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang seterusnya.
Malaysia memerlukan beberapa perlawanan lagi untuk naikkan mata ranking FIFA supaya berpeluang berada di balang undian yang lebih baik untuk saingan kelayakan Piala Dunia 2026.
Hal ini kerana Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah merangka format baharu kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 untuk menentukan cara terbaik memilih pasukan ke Piala Dunia berdasarkan jumlah slot yang telah ditetapkan.
Pasukan di ranking 26 hingga 27 Asia akan bermain di pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia melibatkan satu perlawanan (Home & Away). Ketika ini, Malaysia berada di ranking 25 Asia dan bakal beraksi di pusingan kedua.