Penyerang muda negara, Luqman Hakim memberi pesanan kepada semua pihak yang mahu beliau berjaya bersama kelab baharunya iaitu Njardvik.
Baca Juga:
- Luqman Hakim Ledak Jaringan Bantu Njardvik FC Mara Ke Pusingan 16
- Ini Alasan Luqman Hakim Tak Dapat Sertai Sukan SEA 2023
- Luqman Hakim Tidak Tersenarai Dalam Skuad Sukan SEA 2023
Menerusi laman media sosial Twitter miliknya, Luqman menyatakan tiada perkara mudah sekiranya beliau mahu berjaya dari segi jaringan dan mendapat minit permainan bersama Njardvik.
“Tiada sesuatu yang mudah untuk tujuan yang indah. Semua perlukan usaha dan sabar,” kata Luqman.
Tiada sesuatu yang mudah untuk tujuan yang indah. semua perlukan usaha dan sabar 🙏
-LHS⚽️ pic.twitter.com/Vdde2fzX2J
— luqmansham10 (@luqmansham10) May 7, 2023
Rakan sepasukan Luqman Hakim dalam skuad B-22 tahun negara, Mukhairi Ajmal kemudiannya memberikan sokongan kepada penyerang itu dimana Mukhairi meminta agar Luqman terus bekerja keras.
Selain itu, peminat bola sepak tanah air juga tidak ketinggalan memberikan sokongan kepada Luqman dimana mereka mahu pemain itu untuk meneruskan segala usaha yang telah dilakukan.
Baru-baru ini, Luqman membantu Njardvik menewaskan dengan meputusan KFA 4-1 dalam aksi pusingan 32 saingan Piala Bola Sepak Iceland.
Gol pembukaan Njardvik menjelma pada minit ke-60 menerusi Marc McAusland dan beliau menambah gol kedua berselang tujuh minit kemudian.
Marteinn Már Sverrisson cuba merapatkan jurang ketika permainan memasuki minit ke-86 tetapi kegembiraan pasukan itu hanya mampu bertahan selama dua minit selepas Oumar Diouck menjaringkan gol ketiga buat Nardvik.
Luqman yang masuk sebagai pemain gantian tidak mahu melepaskan peluang untuk turut meletakkan nama selaku penjaring pada masa kecederaan sekali gus memastikan kemaraan buat Njardvik ke pusingan 16.
Sebelum ini, Luqman turut membantu pasukannya dengan mencipta bantuan jaringan dalam satu lagi aksi piala ketika menentang Augnablik.
Manakala ketika aksi persahabatan, anak kelahiran Kota Bahru itu berjaya menjaringkan gol ketika menentang Reykjavíkur (satu gol) dan Haukar FC (dua gol).
Untuk makluman, Luqman menyertai Njardvik secara pinjaman dari kelab Belgium, KV Kortrijk selama satu musim dan beliau berazam untuk meraih sebanyak mungkin minit permainan bersama kelab baharunya itu.