Penyerang muda negara, Luqman Hakim kembali menyertai sesi latihan bersama KV Kortrijk setelah beliau menamatkan tugasan bersama skuad kebangsaan dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 baru-baru ini.
Kortrijk berkongsi gambar di laman media sosial rasmi pasukan yang menunjukkan Luqman sudah mula menyertai rakan sepasukan yang lain sekaligus menjalani latihan.
Thumbs up 👍#WeDoenVoort pic.twitter.com/YvVrxEZZH1
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) January 5, 2022
Meskipun diperkuatkan oleh Luqman, namun Malaysia gagal untuk menampilkan prestasi terbaik dan hanya mampu menamatkan saingan Piala AFF di peringkat kumpulan.
Bermula baik dengan menewaskan Laos dan Kemboja, namun pasukan negara gagal menewaskan Vietnam dan Indonesia sekaligus menamatkan saingan kumpulan B di tangga ketiga.
Setelah tugasan bersama pasukan negara tamat, kini fokus Luqman terarah kepada mendapatkan sebanyak mungkin minit permainan, baik bersama skuad utama Kortrijk ataupun skuad pembangunan kelab itu.
Menurut perkongsian Pemain ke-12 di laman media sosial Twitter, Luqman kekal beraksi bersama Kortrijk sehingga saingan musim 2021/2022 tamat dan beliau ketika ini sedang giat menjalani latihan bersama skuad utama dan beraksi bersama skuad B-23 tahun kelab.
Kami diberitahu Luqman Hakim akan kekal bersama KV Kortrijk musim ini. Beliau sdg giat bermain bersama pasukan B23 tahun KVK & berlatih bersama pasukan utama. Beliau memberitahu bahawa musim pertama beliau tidak berjalan dgn sempurna kerana tiba lambat & tidak cergas sepenuhnya. pic.twitter.com/NTJ78MAzsw
— Pemain Ke-12 (@pemain_ke_12) January 5, 2022
Pemain ke-12 turut menyatakan musim pertama Luqman Hakim bersama KV Kortrijk tidak berjalan dengan sempurna kerana pemain itu lambat menyertai pasukan serta isu kecergasan ekoran dari kecederaan yang dialami.
Setakat ini, Luqman sudah tampil dalam beberapa perlawanan persahabatan bersama skuad senior namun graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu hanya mempunyai satu penampilan dalam saingan divisyen pertama.
Malaysia kini mempunyai dua wakil dalam saingan Jupiler Pro League dimana baru-baru ini pemain pertahanan negara, Dion Johan Cools menyertai Zulte Weregem secara pinjaman dari kelab Denmark, FC Midtjylland.
Dion yang menyertai Zulte atas permintaannya sendiri untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan akan membantu pasukan yang ketika ini sedang bergelut untuk menjarakkan diri dari zon penyingkiran.
Bagi KV Kortrijk pula, mereka ketika ini berada di kedudukan yang lebih baik berbanding Zulte iaitumenghuni tangga ke-8 dalam carta liga.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:
Media Terkenal Thailand Dedahkan Kiatisuk Senamuang Salah Seorang Calon Ketua Jurulatih Malaysia