Penyerang muda pasukan negara, Luqman Hakim mengalami kecederaan ketika beraksi bersama skuad B-21 tahun KV Kortrijk dalam saingan Pro League B-21 tahun.
Baca Juga:
- Luqman Hakim Jaringkan Gol Untuk Skuad B-21 Tahun KV Kortrijk
- Luqman Hakim Beraksi 90 Minit Bersama KV Kortrijk B-21 Tahun
- Ada Percubaan Pinjamkan Luqman Hakim Ke Kelab Lain
Perkara ini dikongsikan oleh KV Kortrijk Malaysia dimana Luqman diturunkan pada perlawanan menentang KV Ostende namun beliau hanya beraksi selama sembilan minit sebelum terpaksa dikeluarkan ekoran mengalami kecederaan.
Akan tetapi , Kortrijk tidak bernasib baik pada perlawanan tersebut dimana mereka gagal untuk mencatat kemenangan apabila tewas dengan keputusan 1-0.
Sebelum ini, Luqman menjaringkan gol ketika Kortrijk B-21 tahun menewaskan Excelsior Virton dengan keputusan 2-1 dalam saingan Jupiler Pro League B-21.
Luqman menjaringkan gol pada minit ke-69 sekaligus menjadi gol kemenangan dimana sebelum itu, rakan sepasukannya iaitu Soubaib Daali menjaringkan gol pertama Kortrijk pada minit ke-55.
Pertama kali Luqman Hakim diturunkan dalam kesebelasan utama dalam saingan musim 2022/2023 ialah ketika perlawanan menentang KVC Westerlo pada 22 Ogos lalu.
Baru-baru ini, pemain berusia 20 tahun ini tersenarai dalam skuad senior ketika perlawanan menentang Royal Antwerp namun beliau hanya diletakkan di bangku simpanan dan tidak diturunkan.
Semoga Luqman segera pulih daripada kecederaan dan kembali membarisi kesebelasan utama KV Kortrijk B-21 tahun.