Bintang Chelsea dan Belgium, Romelu Lukaku telah melaungkan amaran bahawa dia dan rakan rakan sepasukannya kini menjadi pemburu kepada Manchester City yang terus menjadi pemimpin dalam carta Liga Perdana Inggeris.
Lukaku menyatakan perkara tersebut selepas menjaringkan gol dalam aksi kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa pada hari Boxing Day. Itu adalah gol liga pertamanya sejak September lalu. Lukaku masuk sebagai pemain gantian.
Reece James tertampan bola ke gawang sendiri untuk meletakkan Aston Villa di hadapan. Tetapi Jorginho menyamakan kedudukan menerusi sepak penalti.
Lukaku sebelum ini disisihkan kerana kecederaan dan kemudian terkena covid 19 yang melanda kem Chelsea.
Lukaku menjaringkan gol kedua Chelsea pada minit ke-56. Beliau kemudian cemerlang ketika memenangi penalti masa kecederaan yang turut disempurnakan Jorginho.
Lukaku puas dengan prestasinya dan berkata: “Saya perlukan prestasi seperti ini.”
“Kami adalah pemburu sekarang ini. Ada beberapa keputusan terakhir kami agak kurang, dan kamu harus mengejar sekarang ini. Kami harus menganggap setiap perlawanan adalah final. Hari ini kami memang dan harus terus memberikan menekan.”
Chelsea kini memintas Liverpool dengan 1 mata untuk berada di tangga kedua.
Prestasi Lukaku ini pastinya melegakan Tuchel. Kerana The Blues akan bertemu dengan Liverpool dan Chelsea pada Januari depan.
Romelu Lukaku –
“We are the hunters now.” [Sky] pic.twitter.com/eeepyi158M
— LDN (@LDNFootbalI) December 26, 2021
Chelsea masih berada dalam persaingan kejuaraan EPL dan persaingan UCL musim ini.