Liverpool ketinggalan minit keempat dan kemudian menang 2 satu kerana jaringan sendiri Wout Faes bukan 1 tetapi 2. Hari malang Faes itu membantu Liverpool mencatatkan kemenangan keempat berturut turut dalam Liga Perdana Inggeris.

Itulah kegilaan di Anfield. Dan itulah definisi sebenar kegilaan dalam bola sepak.

Cody Gakpo, menyaksikan detik gila itu dari tempat duduk penyokong di Anfield. Setelah dia memuktamadkan perjanjian dengan kelab Merseyside itu.

Liverpool seperti dijangka, tampil dengan dominan dalam perlawwanan ini. Namun secara keseluruhannya, tumpul di hadapan gol.

Virgil Van Dijk merumuskan perstasi mereka sebagai tidak cukup bagus.

Liverpool ketinggalan seawal minit ke-4 menerusi Kiernan Dewsbury-Hall yang diberikan ruang sangat besar untuk menembusi gawang The Reds. Sekaligus meneruskan reputasi tidak meyakinkan pertahanan Liverpool musim ini.

Dengan Mohamed Salah dan Darwin Nunez yang bergelut untuk menjaringkan gol, penyelamat hari Liverpool hadir daripada nama yang tidak diduga. Dia adalah pemain antarabangsa Belgium dengan gaya rambut ala David Luiz iaitu Wout Faes.

Pada minit ke-38, hantaran lintang rendah Trent Alexander Arnold tidak dapat menemui mana mana pemain Liverpool, dengan Faes secara malangnya membuat clearance yang teruk untuk menampan bola melepasi penjaga gol sendiri iaitu Danny Ward.

Ward pada ketika itu di kedudukan terbaik untuk menangkap bola tersebut. Namun Faes tiba tiba melakukan clearance yang lemah .

Faes mungkin sedikit terasa hati dengan rakan rakannya. Di mana tidak seorang pun yang datang menenangkan atau memujuknya selepas gol sendiri itu. Ward malah menunjukkan reaksi bengangnya di hadapan Faes.

Dan dia kemudian melakukan satu lagi kesilapan ngeri. Kali ini berpunca daripada percubaan Darwin Nunez yang terkena tiang dan melantun. Entah bagaimana Faes boleh melakukan salah satu jaringan sendiri yang dianggap paling teruk.

Dia terus tertolak bola ke dalam gawang sendiri.

2 jaringan sendiri dalam jarak 7 minit. Menafikan gol awal rakannya untuk membolehkan lawan mendahului 2-1 menjelang rehat separuh masa pertama. Faes benar benar kecewa dengan apa yang menimpa dirinya.

Kali ini rakan rakannya menenangkannya.

Selepas itu peminat peminat Liverpool di Anfield menjerit: “Shoot!” setiap kali Faes mendapat bola.

https://youtu.be/WA5XkP9qr2c

Faes kini menjadi pemain keempat dalam sejarah EPL menjaringkan 2 jaringan sendiri dalam satu perlawanan liga.